Entry: Sabai-sabai Friday, October 23, 2009



Kembali bersiaran dari 'Tanah 1000 Senyum', kau ada buat annoucement cam ni???. Ya capt ke bangkok lagi dalam masa 1 minggu, makan hati yer budak-budak thai sebab diaorang pun tak dapat BKK banyak cam ni, aku ni plak gatal bid sikit je, sekali dibaginya berlambak.Lepas ni kene bid cdg plak, nak pose-pose Dior dengan mek comel wawa dan mok dia.Uols ready dah dengan boots kah??

Tapi kali ni kan, non ado lala , sebab pasaraya yang capt gi tuh takda, kerang busuk dan meusle je ada, tapi takdok lah makan oyster**curlastttttt org melbeng!!** ingatkan boleh buat lala the second, tapi non ado, ni lah hasilnya kalau nak riak menunjukkan? Tuhan always balas on time. No delay in transaction.



"hi my name is Barbara Walters or you can call me Badariah Pulau Wau **matilahmak**
Kali juga capt bersiaran buat julung kalinya setelah menunggu sekian lama untuk terbang bersama sorang lagi chief stewardess selepas DDB, insan itu bernama Badariah @ Long atau lebih dikenali dengan nama english dia Barbara**tetaplah nak nama vastkan???? walaupun dulu beliau merupakan pengeluar budu yang berjaya di tanah tempat sajork~standardlah kan set-set ni matilah aku**.

Si Barbara ni ajak lah capt ke Chatuchak, katanya nak beli barang apa ntah, ok lah since aku pun dah buat BKK sampai nak muntah kan? Kita layan je lah, karang kan dia bertukar wajah plak nak basuh aku dalam kapal sebab tak ikut prosedur katanya. Korang paham je lah akak-akak memang cam tuh kan.**matilah sedap giler charotz ni**.

Tetap lah orang tuh nak naik shuttle bus dari hotel ke chattuchak walaupun shuttle bus dah berlepas kan? Sib baik dia dengar cakap orang ni dan pergi naik MRT ala-ala Putra, dah orang ni cakap dia selok-belok bangkok ni ibarat cam kl je**matilah riak lagi**. Disebabkan chattuchak ni hanya beroperasi di hujung minggu (sabtu dan ahad sahaja), maka kalau naik taksi ibaratnya meriahlah meter tuh walau pun tak jauh, tapi jem dia boleh tahanlah. Ingat,kalau naik MRT berhenti di Kampheng MRT station, station ni betul-betul dalam perut chatuchak, lepas tuh pandai-pandailah jangan sesat ya.












Adik ni DRAG lepas skolah, kau IMAH drag umur berapa??**ops**








Barbara: "adik comel weh, bui gak harge muroh....demo ni dok supo mulo"
Adik Baju itam:" Tok se mokcik, muroh doh kawe wie ni"
Barbara:" Gapo dio? Mokcik??
Adik kat bawah:" Sudoh mu,kak lah. Tok sey panggey mokcik"
Barbara:**Sengih**







Kalau korang pernah pergi ke Pengkalan Kubur atau Rantau Panjang, cam tuh lah ibaratnya chatuchak ni, tapi kan lagi besar, lagi banyak barang dan lagi panas yahampooooon. Manusia usah dikenanglah kan? Berpusu-pusi dan orang kta berlambak-lambak datang shopping, matsaleh? Usah dikenanglah kan?

Tak boleh lama sangat kat sini, sebab karang ada terlebih muatan plak. Taw aje lah, naik juling mata tengok. Dulu capt dah gi sekali yang ma capt suruh beli 'Poselin boat' nak letak makanan katanya, kau tahu berapa aku borong zaman mula fly dulu? 1 dozen yer!!! Sib baik beg aku tuh tahan lasak, maunya pecah dalam cargo, menangis yer adik. Yang penting bukan eksport ke ganu terus, balik doha dulu, pastu usung lagi ke kl baru lah sampai ke ganu. Sib baik elok tak pecah, kalau tak aku cantum pakai gam UHU. Mrasa!

Disebabkan kami ni makan, makanan thai muslim yang sangatlah 'manih letting' dan 'pedah lessik', maka terkedek-kedeklah mencari jamban yang tak tahu dimana puncanya, Ayoyoyo...sakit perut mencucuk-cucuk, walaupun capt ni masak pedas jugak, tapi rempah ratus yang diaorang guna memang membara yer.



sila abaikan ORANG SAKAI depan bandam tuh**pitam**


Tapi....ada orang tuh tak nak berry kat situh, ni terkejar-kejar nak gi melabur kat Siam Paragon ( ala-ala pavillion). Kelas tak? Tetap nak berry kat tempat kelas katanya**TETAP!!!**. Ye lah, baru lah 'lepas hawa' kan??? Nyamanyer...............kalau tak, terkemut-kemut dua ekor ni dalam train.

Dah nama layover pun 24jam,lagi mau tido kah bila sampai? Non-ado yer, gigih ni 2 orang ni, harung jugak panas sinar mentari of bangkok walupun terhuyung hayang. Kapal ke BKK ni harusler penuh, takda maknanya nak lite load, kalau boleh letak manusia atas sayap pun, tobat diaorang letak. Sepenuh-penuh alam, sepenat-penat kami tapi berbaloi sebab atleast ada lah jugak geng nak gi borong kan.


Ibarat kata pempuan si tukang urut capt ni....

Tukang urut: "Ermmmmmmmm vely small na, like-like lady"**sambil pegang pinggang capt**

Capt: "Leally?" (Really?)

Tukang urut: "Yesss sir, no ploblem, I TAKE CARE YOUUUUUUUU"

Capt: "Hahahahahahaha"

Kau ada?? Sorry mak tak mampu nak cover-cover lagi, sebab dah lah geli dia urut-urut bagai, dia buatnya plak ayat spastik tuh. Pitam!!

Muskhilnya, aku tengok muka kampung aku ni memang Melayu, siam tang mananya budak-budak kat tempat kerja mak ni asyik dok hengat mak ni mek siam. Cuba korang bagitaw sket, rupa latino adalah sipi-sipi kan.Wahhhhhhhh propah sangats. Kannnnn? Dari kapal BKK sampai ke Jordan yang aku operate asyik orang berkap kap krap je. Tahu lah dulu Terengganu tuh bekas thai, tapi tuh zaman dinasour kan??

Satu lagi nak tanya...



"please explain to me, how come UFM branch Bangkok change into a bread shop??**matilah N**

   2 comments

captlukman
October 29, 2009   02:26 AM PDT
 
haaaaaaaa kan?? gelak tang sapa tuh..tang barbara kite island ke??**larikkkkk** hahah
AyieGemork
October 28, 2009   10:54 PM PDT
 
adoi laaa akeng..mampos daku tergelak kat lab sensorang. mat mat susly kat sini pun naik heran. kah kah kah.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments