|
Siapa yang saya maksudkan tu biarlah saya sorang je yang tahu dan namakan dia sebagai A. A bukan lah kekasih hati saya mahu pun orang yang saya cintai, tapi A merupakan kawan baik yang sangat saya kagumi. Orangnya yang lemah lembut dan tahan sabar tuh sangatlah sesuai berkawan dengan aku yang perangai kalah firaun ni. Walaupun saya tahu kelemahan A yang kadang-kadang tak masuk akal, tapi dah kalau itu yang dia mahu, kita nasihat pun dia tetap takkan dengar tapi dia akan fikir. Sewaktu dulu, hidup A dipenuhi dengan kehendak hati, banyaklah dia melakukan apa saja untuk insan tersayang, walaupun kekasihnya tuh layan cam hanjing je. Kalau kene kat aku, agaknya tak tahu lah camana nak handle kan?. Asal tension je, terus hiburan yang A cari, siap boleh buat opening and closing lah tempat tuh, asal geram je dia melakukan banyak perkara yang menyakitikan hati semata-mata nak melupakan masalah yang dihadapinya.Hasilnya, tak pernah nampak tenang diwajahnya, malah kusut dan serabut aje. Malah A juga selalu mencari sesuatuh yang dia tidak boleh renggang, melainkan aku yang ok je tanpa rasa itu. Sekiranya dia hilang benda ni, esok dia dah jumpa sebab hidupnya tidak boleh berseorangan. Sempena bulan puasa yang lepas, A tetiba berubah kearah kebaikan, setelah lama akhirnya dia mendapat apa yang saya percaya hidayat. Malah semangat dia mahu berpuasa penuh, menunaikan tanggung jawab membuatkan saya gembira sebab sinar cahaya makin lama, makin terserlah nak dibanding dengan saya yang makin lama, makin KELAM. Dia nampak makin tenang, bersih dan segar nak dibanding dulu. Tidaklah maknanya saya ni baik sangat, cuma dia kearah kebaikan, aku plak kearah ntah hapa-hapa. Katanya, kau dari Timur dah dididik dengan agama dari kecil, aku kene cari sendiri. Tak semestinya dari pantai timur, kami ni semua alim ulamak,bergantung kepada individu itu sendiri. Macam mana kesedaran ni boleh muncul pada dia bukan pada saya yang makin sesat ni?. Walaupun saya tahu, ada yang beranggapan yang A susah untuk kembali ke pangkal jalan berdasarkan apa yang dia selalu buat, tapi siapa kita yang boleh menilai seseorang tuh? Tanpa segan silu, A perbaiki hidup dia dengan mencari ketenangan dan perbanyakkan ilmu. Melihat dia seperti melihat makcik saya, yang zaman 80'annya sangatlah hippies, berskirt pendek, rambut toncang sambil pose-pose manja ditepi tasik titiwangsa sambil naik basikal air~time ni saya selalu pose-pose sengih kerang busuk sebelah dia, namun dia berubah menjadi orang yang baik dari sebelumnya. Ilmu yang dia pelajari tidak pernah plak dia bersikap prejudis dekat aku yang tak habis-habis lagi dengan hal duniawi ni atau orang diluar sana yang dia lihat masih lagi mencari keseronokan, sebab dia pernah berada ditempat itu. Walaupun dia bertutup litup sampai ke tangan kaki, tetap sudi keluar dengan aku yang selalu dok dedah aurat ni--->tetap mention!! Jadi, takpayahlah kita suka hati je menilai seseorang berdasarkan luaran, sebab kita tak tahu apa yang dia buat disebaliknya. Lain lah kita ni, dah lah ilmu tak banyak mana, lagi mau terbiyah kat orang kan? Melihat juga kawan kita menjurus kearah kebaikan,jangan lah kita dok gelak-gelak sambil dok tunggu nak tengok sejuah mana dia mampu jadi macam ni, baik kita berdoa semoga kita pun dibukakan hati satu hari nanti kan?. Ni tak, dok questionare orang, dulu dengar-dengar 5 waktu, sekarang 1 waktu pun susah, takkan lah ibadat pun nak citer kat orang. Lain lah kita yang dok ber'spank' aje dibilik sebelah tuh kan??**matilah sapa tataw** Ini bukan entry insaf saya. |
| imahlenggok October 13, 2009 11:33 AM PDT sib baik A..kalau 'N' mak speku Nizam!! ( *sambil buat mata kelip2 dpn SOGO) | ||
| AyieGemorks October 11, 2009 12:49 PM PDT hah bau apa akeng?? bau kari kaplam ada la nih.. bila nak toron london lagi.. ustaz dah rindu sama kamu. nanti toron london boleh semayang berjemaah~ | ||
| captlukman October 11, 2009 12:03 PM PDT eceh sapa yg lg berseri skrg ni?bukan dia ker**larikkkk** ada bau.....:P | ||
| AyieGemorks October 9, 2009 03:52 AM PDT akeng meh nak speku siapakah A itu?? a) Ayie b) Akeng c) Ajah Esah d) Acapan bilik sebelah yang suka berembak e) Aiman tak kisah akeng, tak der pun yang kelam pun kamu tuh. cantik berseri seri lagi semenjak dua menjak nih. jaga diri yer dan sentiasa dalam keadaan tenang yer. senym selalu. :-) | ||
| Leave a Comment: |