Entry: Indahnya beraya dirantau... Wednesday, September 23, 2009



Dua hari sebelum hari raya, saya dah ke tanah Inggeris, sempat saya singgah di Mansion kawan sayu tuh, hamboi katil otoman dia sangatlah empuk nak je aku sambung tido, tapi apakan daya dihari saya sampai malamnya dia nak balik ke mesia.

Disebabkan takda masa nak sayu-sayu, saya terus ke town sebab ada date dengan Olivia Newton John (ONJ). Kelas nama kau nyah, walaupun kau austrian tapi kening kau kalau akak ziana zaing tengok, nescaya makan hati. ONJ was my ahli mesyuarat tingkap and good friend back in Doha, looking at him now with new tittle as a purser at syarikat topi biru sungguhlah membanggakan.

Since its already a year we didnt meet up except in a pesbook, a night wouldnt be enough for us to share our juicy goss abt syarikatkan? Ye lah, topi biru lawan kambing gurun, sapa lebih vast. As he's convinced me to join him with all the benefit,im sure i will not leave my siblings there for easy.

Yelah we built up our relationship and repo from scratch. To leave something, what we have now its not easy...should i say my really comfort zone? Since, we loved 'cucuk langit' back then, he brought me to area-no-need-mention. Orang sepatutnya malam-malam terakhir dipenuhi dengan amalan, ni kita dok terkinja-kinja tak hengat dunia. Patutlah kau tak nak balik rayakan tahun ni??? **Sesat sangat!!**. Nak mengurangkan guilty preasure, kami dok bergaloks sampai pagi. Danke ONJ , lengkali kita jumpa lagi sambil makan belacan berdesit-desit pedas kat restorant melayu.

Jadi bila saya kembali semula ke sini dipagi hari raya,tatkala korang sibuk dok solat sunat Aidilfitri, lepas tuh dok heboh dalam pesbok makan tuh lah, makan ni lah, macam-macam lagi lah makan. Aku tengah dok berperang atas langit ni sebelum touchdown. Ye lah, 1st class penuh dengan sheikh yang sopan-sopan, tak nak makan apa sangat paling kureng pun minum air je, comfort yang penting.

Tapi yang sialnya, ni cikai-cikai mana ntah yang iringi orang-orang kenamaan ni yang lebih dari kuah. Boss takdalah demand mana, anak-anak buah kalau boleh perangai cam gampang berlagak padahal tolong ANGKAT BEG je!!!**ops**.

Human behaviour is always love to be observed.

Kemudiannya, saya dengan semangat konon nak gi Malaysian Hall, walaupun saya tak nak pakai baju melayu, jakun lah aku sekor-sekor naik tube dengan samping bagaikan?Lainlah ada geng best gak. Tapi sudahnya sebab saya tak bernapas atas tadi, saya terus ambik keputusan nak tido lite-lite kononya 3jam je. Tapi haram 5jam lebih aku membuta. So ada ke lagi satay dan segala makanan yang terhidang di MSD tuh??

Harapan ku untuk ke rumah Datin Munah jua hancur berderai akibat perbuatan yang sama, takpa Datin, next time. Nak sangat saya gi tengok rumah awak, mustik cantik cam Mansion kawan saya tuh. Eh bangga taw, kawan ada mansion kat London dan juga Palace kat Paris...saya ni rumah subsidi syarikat je**matilahaku**.

Jadi disebabkan dah terlewat dari schedulle, orang lain dok sibuk bersms celaka sambil dok bagitaw buat tuh buat ni di pagi nan-mulia, aku kuar jalan-jalan ambik angin je lah di tepi sungai Thames tuh. Dah takda apa nak buatkan, summer sale pun katanya dah habis,orang tuh sempat sambar apa yang patut demi diri sendiri. Bila makhayam tahu trus ni smesh aku cakap " kau apa lagi yang takda?'....ye lah, aku kene lah beli sendiri sebab takda orang nak tolong bagikan hadiah sempena birthday or anniversary. Tul tak??.

Sudahnya, saya tidak melakukan apa-apa selain duduk buang masa, sambil makan Nandos ...lain macam sedap je Nandos ni, sebab sejuk ke kat luar? Atau sebab aku lapar campur sedih campur haru.

Nak tahu, makhayam bila ditanya buat apa hari raya, dia bantai tido,masak, makan, chatting dengan bini dan tak kuar-kuar langsung. Mak datuk, lagi lah haru kan? Takpalah, kami mengambil konsep kesederhanaan sambil mengingati manusia-manusia diluar sana yang mungkin tidak beraya langsung....atleast bersykurlah jugak kami ni.

Sekiranya kawan-kawan yang sakan beraya tak hengat tuh makan sambil show off, ingatlah aku sikit pun tak JELEOUS ok, semangat lagi nak gi keje**meraounggg**

   2 comments

captlukman
September 30, 2009   12:26 PM PDT
 
Kelassssssssss kau, ada goss HANGAT?? marasa mak book terus CDG. tunggu naaaaa
lili
September 24, 2009   12:16 PM PDT
 
nok selamat hari raya darling!!! i ada gossip terhangat dari parits utk uols! bila nak blk palace parits lagik?? mrasa pose2 RER pasnih! hahha

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments