Tuesday, September 15, 2009
Salamat Hari Raya

Kata orang, sempena bulan baik ni,marilah kita bermaaf-maafan sesama kita sekiranya ada silap salah. Lupakan yang lalu dan maafkanlah atas setiap perbuatan orang itu walaupun pedihkan?

Bagi saya plak, dah kalau memang ada silap dengan SEGAN SILU (campur MALU lagi) akan memohon MAAF dengan orang itu personally. Dah memang diri sendiri punya angkara atau terkait sama, mengaku dan belajar dari apa yang berlaku serta ingat lain kali jangan buat lagi. Terpulang kepada empunya diri untuk menerima maaf atau tidak, yang penting kita buat part kita dengan ikhlas.

Oleh itu, saya ingin memohon MAAF sekiranya (bukan sekiranya dah lagi kalau terang lagi bersuluh sendiri buatkan??) ada silap salah yang telah berlaku diantara kawan-kawan, kawan-kawan bloggers, tukang baca yang turut sama dapat 'pahala extra' dan sesiapa saja yang terkene tempiasnya dalam blog ni. Sebagai manusia yang sememangnya sentiasa melakukan kesilapan, sekiranya masih ada dendam antara kita yang tidak selesai dan apa yang telah berlaku tidaklah dapat diundur balik dari segi perbuatan cuma kata-kata maaf je lah yang mampu saya ucapkan. Maafkanlah saya...

Kepada acik yang sakan katanya balik Paroi Jaya siap nak turun Terengganu lagi, jangan lupalah adik di sini yang bermimpi basah (kes kencing bukan benda lain) teringatkan sofa bed mieww itteeww, kepada orang itu yang turut balik kampung, sila lah enjoy tak hengat lepas tuh jangan lupa pose-pose anJULINGna Juling (mulut jueh) dalam FB**yahampoooonnn** dan kepada yang nak merempit ke Brussels, berhati-hati dihighway ya, jangan salah masuk lorong plak serta kim salam kepada chief stewardess dan lekker kontje serta kepada orang sorang lagi tuh, jangan kau aqiqah plak ARNAB buat satay mentang-mentang tak balik raya, jauhkan diri anda dari semak samun**larikkk**.

Kepada diri sendiri, selamat bertugas dengan jayanya, jangan gatal nak sedih-sedih feeling-feeling sayu bagai padanlah muka kau tak nak sangat balikkan??**ops**.Perlu kah aku gi open house Datin Munah makan nasi sejuk??~what say you Esah??






Iklan kat atas ni cam tuju dekat orang ni je kan?Terasa siot!


SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN


Ikhlas dari Captain Lukman

Posted at 9/15/2009 12:40:57 am by captainlukman
(8) Emergency Calls  




Sunday, September 13, 2009
Puasa'09

Roster captain bulan ni taklah berapa cantik, bukan tak lagi dah, memang sadis pung. Kononya nak off out station, meaning long layover tapi sudahnya semua off kat doha. Ermmm tak menarik ni! Tapi bila difikirkan balik, hikmah dia atleast takdalah kene puasa sampai 17jam kan kalau kene ke dareah utara sana. Lagi mau komplen kan??

Tahun ni capt dan makhayam sungguh-sungguh hati mau genapkan sebulan, tahun lepas memang kami banyak ponteng pun kan nok kan??**ops**. Ponteng kami bukan sebab malas tapi sebab kerja. Wahh tahun ni, kerja time puasa even day flight ke europe bagai ok je? Apsal tahun lepas tak leh~Alasan sangatkan? Adakah ini semua berkaitan dengan faktor-faktor umur?---> soalan ditujukan khas kepada makhayam.

JUGAKlah, lagi pun tak lama lagi kau nak join group aku kan?**sial je~mak muda lagi lah**.

Apa yang menarik puasa kat Doha ni takdalah apa sangat pun,tak hebat langsung sebab

1) Mostly kedai tutup dan operasi berlainan waktu, sesetengah kedai je buka, banyak yang buka lepas iftar.

2) Tidak dibenarkan makan minum dikhalayak ramai esp to non-muslim.Kalau kene tangkap, sila tidur di jail ya.

3) Diminta untuk tidak memakai pakaian menjolok mata, jolok hidung ok tak??

When all these rules applied on Ramadhan, kesannya bagi kita OK je, no hal pun, tapi bagi yang non-muslim paham je lah, nak tak nak terpaksalah kan. Kenapa kita yang puasa, orang lain pun dikerah untuk turut sama. Ada ke orang so-called kafir tuh celebrate perayaan dia kita pun kene ikut sama? Takdalah plak kan..

This is one of the reason, when someone know that im fasting, mula lah soalan bertubi-tubi ni ( dalam bentuk tanya tapi ada nada nak menyerang). Ye lah uols,tak puas hati nak tanya crew arab karangkan diaorang ni sensitive. So kenelah tanya pada kita yang moderate ni. Ni yang pakcik letih nak menjawab ni.

Tak dehydrated ke tak minum satu hari? Camana you ada tenaga nak kerja?Im non muslin, kenapa i dilarang makan minum kat public? Sorry, i nak makan depan you ni, takpa ke?

Ish takda lah dahaga sampai merangkak kan Mok Wawa kan?Kita ari tuh siap maintain dok galok tepi taman sambil tengok itik lagi ada. Tenaga tuh mana datang pun tataw, habis kalau stakat puasa tak boleh kerja, baik report sick je duduk diam-diam. Ni kalau nampak bangsa-bangsa yang lemau nak bergerak pastu bagi alasan puasa, karang ada aku buka kisah perang Badar!

Pastu stakat orang nak makan minum depan tuh, takdalah sampai terasa nak makan, puasa ni pasal makan minum je ke... habis yang pax makan minum time kita serve ok plak, kenapa crew makan depan-depan nak kene sensitive? Oh mak je boleh kuar statement ni, orang lain kuar karang ada bergaduh plak.

Cuma yang pelik negara pasir berdegung ni, their culture potrait the image of agama bukan yang disuruh tu menyebabkan orang benci pada Islam, mentang-mentang puasa, sampai semua kene tutup, time ni lah nak buat baik, tapi lepas bulan puasa tetap cam setan jugak**ops matilah diri sendiri** Oklah summer memang mostly operation even for gov keje sampai pukul 2pm je. Tapi yang lain nak tutup tuh kenapa? Kat negara kita, bukan makin meriah lagi ni, siang malam happening. Terasa-rasa uols puasa..

Yang penting, kalau orang cakap bangsa kita malas, meh sini aku tunjuk korang bangsa mana lebih MALAS!**sambil sinsing lengan**

Like yesterday and since the beginning of this holy month, berbuka mostly time landing to doha. Takkan lah nak ceduk caserole tuh time nak touch down. Walaupun ada masa, nak tecekik jugaklahkan?Oleh itu apa yang ada, ala kadar dan berpatutan pun jadi lah.

Disebabkan dah lama tak buka hebat-hebat. Arini punya pasal, ada orang tu nak makan SPECIAL....sebagai orang yang baik hati (ni masuk lift, tekan sumer butang) ok layanlah, karang tak layan ada plak sentap pastu kuar statement "lauk kita ni serupaaaaaa je kan??"**sambil buat muka toya + sedih**.

Dah nak masak special, orang ni kene lah berlari-lari anak dari balik kerja gi beli barang. Pastu bila nak masak, cili boh takda, bwang blend pun non ado, so mana datang semua tuh? Kalau tak kene buat sendiri kan?

**cili boh ana buat sendiri, Adela pesan cili boh kat luar banyak seasoning. So dibaginya aku cili kering 1kg ari tuh** Nak nanges jugaklah tengok sapalah yang rajin nak blend sumer benda alah tuh...mak ke?

Orang tuh balik dari flight BOMbay tido, celik je mata, semua dah siap. Pastu pose-pose cantik kat cabin hidang-hidang je..tunggu kau!!.



Ni lah yang special tuh...NASI MINYAK.


Dah lepas makan orang ni kuar titah persis Nefertiti suruh kemaskan. Chef mau berehat da..

"Ye lahhhhhhhhhhhh!!!"----> Jawapan tak ikhlas

Posted at 9/13/2009 5:32:10 am by captainlukman
(3) Emergency Calls  




Friday, September 11, 2009
Salahkan ku,Jangan Salahkan ku (Part 2)

Sambungan...


Yong:"Memang aku sayang pong".

Capt:" Ye lah, mane dok sayangnya especially kalau aku bawak balik barangkan**matilah smesh**, sapa yang keluarkan issue ni mula-mula? si Adela (nama manja ma untuk watak ibu yang garang dalam telenove Catalina y Sebastian di TV2) ke? atau Gustavo ( panggilan untuk aboh) ---> tak berguna sangat anakkan??

**nama diatas selalu digunakan ketika bercakap dalam telepon atau didepan mereka esp ketika mengutuk lite-lite**

Siolnya the one who brought up this issues is my bro-in law after seeing me with my kekasih gelap (KB di kampung yang seangkatan). And yes 3 of us,are very close until now. How could they not sense anything especially one of us tuh no need mention lenggang mak limah dia kuat tak hengat. Yang penting nak kawin dengar citer, tapi kipas spanish tetap kat tangan**ops**.

By reffering to latest soap opera Battle of Angle, katanya drama pasal crew yang pemes kat TV tuh, she start to have a brief idea about crew life, happening, mabuk-mabuk, social dan keruntuhan akhlak katanya including the one si nui who attracted to Dr.Mark. Manalah aku tahu sapa si Nui dan Mark ni (korang tahu ke sapa mereka?).

Yong:" Eh mu dulu pung ada gok kawan dgn Dr. tuh kan? Nama apa? Mana dia sekarang?.

Capt:" Yong, crew siam memang maRRRi..(mari = meriah), esp out of unifrom, lawo mu. Tobak ah" ---> tetibe cakap style jantan ni.

Eh eh mokcik ni, perlu ke mention pasal budak tuh, aiyooo baru je aku cakap dalam hati jangan sebut, dah terkeluar. Yong's points getting closer and closer but i knew she's not dare to talk about it and ready to accept the thing that she clearly seen. Nor that im not interested to convinced or deny her doubts but to admit, better not for this time being.

But instead of telling the truth,better to provoke with question mark or leave her a thread to find out. Baru kau tahu camana kan? Sebelum dia start kenengkan aku dengan rakan-rakan dia yang cun tuh (kata dia lah) cam orang tuh, siol je nak kenengkan aku dengan pempuan handsome(camana tuh??), baik aku buat bodoh je

Capt:" Ginilah, so far not in my plan (marriage thing) yet, but who knows kan? Never say never....tapi apa kata kalau aku ambik je anak angkat?"

Yong: "Aku kata doh...mu nok jadi Radzuan Razwill ke? Adela mungkin boleh terima, tapi tidak sesekali ya si Gustavo tuh.Tapikan bukan nok kata, cuma aku rasa mu...."


tetibe...


Adela: "akinggg yongg nok garik doh ni, dok masuk lagi ke? masuk-masuklah kaut makanang"**kuat ni satu taman boleh dengar kau**

Yong:"hooooo.....nok masuk doh tadi..aking ni dok ajok orang sembang"**sengih sambil melarikan diri**

Capt: "Eh celaka, aku plok kene. Masuk derah, kekgi ada hok bertukor jadi Rimau!!"

Is this the reason why im not really want to go back frequently?? Thanks to Adela for saving me.

Posted at 9/11/2009 11:04:56 pm by captainlukman
(2) Emergency Calls  




Friday, September 04, 2009
Salahkan ku,Jangan salahkan ku (Part 1)

Me and my sis si yong senget tuh are very close, other than she just one year older than me, we used to share same room until we were 11 and 12. Ye lah, bilik belakang dulu tuh ada hantu bagailah, so orang ni punya penakut kene lah share. How close we are until now, is that we always share all the juicy goss, masalah dalaman rumah, anak beranak sedara mara (as ma was warned by aboh not to tell with me) dan juga apa-apa saja yang berlaku, dialah harapan ku untuk mengetahui citer sensasi live katanya. Apatah lagi kalau aku balik setakat nak berak pun tak lawas tuh, sempat jugak dihupdate (hupdate dibulan puasa diharuskan selepas maghrib, lagi afdal selepas isya'). Kalau awal, pahala puasa telur unta je lah- cik kiah'09

Our fav place for mesyuarat tergempar are my room (yang sekarang dah bertukar jadi bilik mat rock semenjak adik aku ambik alik share holders), atas buai tepi longkang, tepi kolam ikan gapi dan juga beranda depan rumah yang confirm takda orang dengar punya. But our choice always atas buai tepi longkang disebabkan boleh berhayun-hayun sambik dihembus angin laut cina selatan.

Tengah berhayun-hayun sambil berkuk-kik-kuk-kik pastu bila ma lalu je, tukar topik ni, pastu sambung balik tetibe pempuan ni slow talk dengan aku, menyatakan kerisauan yang melanda benak dia. Sebenarnya aku dah tahu awal-awal apa yang dia nak cakap disebalik gelak tawa tuh, tapi kita diam je lah, listen, empathy and answer*boleh?*.

She concerned about me who not show any interest to get married at this age-she said, but deep inside her heart is that, i dont show any interest towards girls. Tapi tahu jelah, nak cakap terus terang karang ada orang tuh bertukar jadi gaban. Dah tua-tua ni kan, nak marah-marah dan sensitive pasal isu ni tak payahlah, makin buruk pun ada. She, as my sister cum friends have her own right to channel her doubts dan thoughts and me? As usual, always try to understand people's needs.

Sure, i gave her the same lame excuse which is not relevant anymore, asyik-asyik busy dengan kerja, takda masa, banyak lagi nak buat, rileks dulut etc etc. Ingatkan dengan alasan sedemikian rupa, maka senyaplah pempuan ni tidak rupanya. I always thought that im good in giving excuse,alah jawab cam jawab dengan pax. Pandailahkan nak goreng.

But im suprised to know that she's one step further with all these reasons. How could you say you are busy, when all the pretty girls around you? Eventhough you've something to do atleast kenal dan kawan. You will not get married with someone you just know within a short period. Ek'eleh kata ke orang, padahal dia dulu berchenta bagai nak rak yang aku gi teman bagai tuh, alik-alik kawin dengan yang kenal sebulan jugak. Poooodahh cit!!

As what she claimed that i have a high taste, looking for beautiful girls, the one who dressed up ( kira awek-awek menarik yang bawak kuar berjalan pun tak malu), blue eyes, sharp nose and tall---> ni alasan berangan aku dulu demi melarikan diri, bukan betul pun.Tapi orang tuh percaya rupanya bila aku cakap aku nak orang cam Puteri Rania.Gilerkan??

Tak habis lagi ni...you never show any girls to us except si ******* dulu tuh. Dok tunggu dia lagi ke? Dia dah kawin kan aku dengar? Oh yes that girl was a history and i knew she's happy with her life now. Lama jugaklah aku dok sengih-sengih sebab terkena batang idungs sendiri dan sebenarnya tak da alasan logic lagi dah.

Capt:" Thanks for your concerned Yong eventhough its not necessary, tapi aku appriciate. Atleast aku taw mu sayang jugok ke aku.


To be continue...

p/s: kene call up buat Delhi plak,baru nak melenggang perut.

Posted at 9/4/2009 3:32:23 am by captainlukman
(4) Emergency Calls  




Monday, August 31, 2009
syukur

Syukur 27

Alhamdulillah genaplah sudah umur ku yang bakal mengahampiri 3 series tak lama lagi tanpa sambutan tiup lilin pun tapi yang penting berbuka puasa bersama wawa's family sambil makan nasi briyani di Paris yer. Sib baik dibaginya kat situh, mahunya dirostered aku ke Dhaka? Tak ke sentap??. Anyway takpalah walaupun umur masih lagi riang tirana tapi takda lah terasa lanjut sangatkan? Sama lanjut dengan apa yang boleh lanjut lah ( mulut bulan pose,tak reti nak insurans langsung!). Orang lain dok sibuk bising takdapat nak celebrtae beday sebab ramadhan lah, panas lah, kene kerja lah, aku ok je...no hal pung.

Tatkala umur begini, mulalah cuba berfikir lebih matang dan mendalam sebelum melakukan sesuatuh perkara, walaupun sebenarnya banyak benda bodoh yang memalukan telah dibuat tanpa sedar, bila dah buat pastu mula lah malu kan? Contoh seperti pegang tangan tapi tak ngaku**matilahaku**. Dan menampakkan gaya hidup ku inieeww hanya ber"happening¡" all the time, bila nak berwasatiah ( sambil ikut orang itteew, bersederhana katanya tapi tetap aims DIOR**matikermak uols???**) pun tataw lah. Konon nak kurangkan tabiat membazir, tapi aku tengok makin banyak yang tak cukup....setan kene ikat konon, takdanya baik jugak aku ni.

Namum begitu, walaupun pempuan kat kampung sana lupa nak wish beday anak dia, tapi orang tu tuh ok je, sebab dia tahu ibunya itteeww sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keberkatan, dan itu yang lebih pentingkan?. Kalau tak, masakan boleh sampai ke tahap sekarang? Lagi mau komplen.


Syukur 48.

Niat dalam hati bulan lepas, roster bulan Sept kalau ada off day panjang nak balik kampung ni, nak buka puasa dengan keluarga dan berterawih dikampung kononya. Tapi kau, roster keluar je,ada plak 2 kali 3days off, terus plan bertukar ke tempat lain. Tanggang tak iols?? Tanggang kan?? Tapi dah niat dalam hati ni nak balik, so baliklah, karangkan tukar niat, tak pasal tuhan bayar cash stranded kat mana-mana ke mampus,dengan kadar segaranya saya menyiapkan semua keperluan nak balik dalam masa yang tinggal tak seberapa tuh (sib baik exit permit senang nak dapat sekarang) dengan panah ketiknya kat luar.

Ye lah camana tak balik, pempuan kat kampung tuh yahampooon drama swasta dia bersiaran terus menerus sejak tahu anak dia ni tak balik raya. Contoh script..."ye lah bukan nak ingat ke mak ayah pun", "suka sangat tak balik, ada gilpreng ke?"--> contoh-contoh ayat yang tidak perlu, serta "betul ke cuti dok approve ke mu ada plan ke tempat lain? Mu ingat aku dok taw ke??" Mak datuk boleh sense rupanya.Motif? Camana pempuan ni boleh tahu niat hati ku?. Oh ya bukan tak nak balik uols, mulut orang tuh last year celups tak hengat cakap tak nak balik. Sekali apply leave, hambik diaorang kasinya aku bulan Nov. Aiyooo time-time winter sonata tuh, nak gi mana? So bila capt dah berhempas pulas nak tukar leave, ber e-mail- e-mail forward tak hengat kat tukang lulus cuti si Kelly perasan Amir Khan tuh, haram alik-alik dikatanya kene swap dengan leave crew lain. Eh koser lah aku, ingat keje aku dok swap leave je ke?

Secara nyata nya, tahun ni saya tidak beraya di cyberchendering, tapi bertugas demi kehendak sendiri dan dibawanya saya tahun ni untuk beraya dinegara orang itteww. Alah sapa lagi kalau bukan negara orang yang sekarang sibuk bertukang-tukang keras tangan katanya sempena rumah baru, walaupun kehadiran ku dihari 1 syawal tanpa beralaskan sofa bed mieww, akan tetap ku sambut di SOHO**PETIRRRR**.

Baru nak pose-pose repunzel sambil pandang abg espana real estate agent tepi balkoni, dah kene duduk kat brothel. Back to back plak tuh. Bayangkan berapa banyak Oxygen aku boleh bawak. Baik korang cancel leave

Walaupun 48jam, dapat jua aku memohon maaf sambil cium tangan bonda dan ayahanda ku, ni mood terlebey awal, pastu siap sayu tuh tak tahan.Canne


Syukur 52.

I was in Manila before this, touchdown je terus berlari-lari anak heading back to kl. Yang tak syoiknya semenjak berkekasih hatikan si 777 ni, asal kuar roster je, manila sampai dua kali sebulan. Bak to bak (slang diaorang) mamu, aiyooo very der tak perlu sangatkan? Capt memang tak berkenan buat MNL ni bukan hapa sebab yang paling utama ialah susah nak makan. Semua benda kat sana bau ba alip ba ya...menu je menatang tuh, takda binatang lain ke korang nak makan?**ops**. Coffee shop je tak bau menatang tuh, lalu kedai makan je, sampai nak julinglah mata aku tapi dah nak buat camanakan, fav diaorang kita respect je lah walaupun ujung-ujung nak jugak muntah. Tu, one of the sebabnya, satu lagi saya memang tak suka ke sana, lainlah korang bagi bangkok, ha ok je layan. Sebagai penduduk negara khatulistiwa dan muka asia, kemana-mana pergi pun tetaplah asal diaorang nampak je kita, ni terus lebel kita ni bangsa dia. Oh banyak masalah tuh, ana cukup tak suka shiekh!! Tapi takpalah, dah bangsa diaorang baik walaupun ada jugak yang berangan kes duduk luar lama, kita ok ok je lah. "pero siRRR...asang si CR?"= Tapi En., mana jamban?

Melihat kepada negara jiran kita ni yang rata-rata suka berhijrah disebabkan populasi terlalu banyak. Church mengharamkan abortion, pastu rakyat diaorang plak suka betul main sampai ada anak 2-3 lain bapak plak tuh, kawin tak. Nak-nak lagi kalau ada rupa campuran, terus ni kalau boleh nak buat public announcement mix tuh mix ni..ye lah mana tak mix, kalau berkongs** dengan semua jenis manusia. Kesudahanya, nampaklah rakyat diaorang yang masih tidur bawah kolong, pengemis jalanan, pemintak sedekah berlambak-lambak,nak dibandingkan dengan kita yang takdalah orang sampai buat cam tuh sekali kan walaupun miskin.

One of their crew was talking to me so patriotic , explained to me sabah supposed to be belong to them, but our gov want because of the oil. Otherwise, Negara diaorang dah kaya. Eh ye ke pempuan? You rujuk Buku Teks Sejarah KBSM tak? Tapi kalau tak join pun, mampukah minyak disabah menampung belanja negara yang overpopulated tuh.

Jadi berbekalkan kesedaran yang tinggi, membandingkan negara orang dan behavior yang lahir dari cara pembentukkan negara itu sendiri, saya sungguh bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Tak dapat pakcik bayangkan, kalau pakcik org pilipin...

Selamat Hari Merdeka

Ulasan saya untuk hari iniieewww....

Posted at 8/31/2009 8:55:23 am by captainlukman
(5) Emergency Calls  




Sunday, August 23, 2009
Ramadhan Kareem

Bulan Ramadhan al-mubarak kembali lagi, adakah tahun ni cukup puasanya? Insyallah harap-harap cukup sebab semua tuh atas kehendak kita. Walaupun dibenarkan untuk tidak berpuasa disebabkan musaffir, tapi kalau dah kerja jenis bejalan al the time cam ni, maknanya tak puasa sebulanlah kan?? Wahhh seronoklah? Oh tidak, insyallah puasa tuh harap dapat dilakukan tanpa memudaratkan. Kalau setakat tahan sabar tuh rasanya, SABAR bukan lagi separuh dari iman, dah wajib terlebih PENUH pun.

Masa ni lah, kita boleh tengok temp kita sampai ke tahap max ke tak,sajauh mana orang yang dah sedia ada terkenal dengan sikap tak boleh bersabar menahan diri, apatah lagi bila handle orang yang dah sedia lapar, ditambah dengan cuaca panas melekit dan macam-macam lagi lah cubaan datang nanti.

Kembali dari flight maghrib tadi, buka pintu je semerbak bau makanan dan disambut oleh makhayam yang dah siap masak untuk makan malam cum bersahur. Sib baik abang**abang ley??** aku ni ada, taw je aku penat,balik pose-pose cuci tangan je sambil tolong hidang-hidang je. Aku sayang ko beb!!.

Dalam kitaorang dok hupdate pasal kerja, yelah kitaorang ni bukan selalu off sama, sekali off banyak benda nak discus. Tapi tak masuk sangat bab-bab crew, sebab kalau buka pasal crew je, sampai tahun depan tak habis, ada je yang tak kena. So kitaorang dah ambik pendekatan, cakap pasal apa yang boleh membangun sahaja, yang negative tuh sila tengok dari sudut yang boleh dibaiki.

Lepas makan dan sesi melenggang perut **sambil dok bok bek bok bek bercerita**


Makhayam:" Eh pasang lah lagu yang best-best skit"

Cl:" Nak lagu apa?"

Makhayam:" Apa-apa je lah"

CL:" Baiklah!!**sambil dok click lagu**

Bila berkumandang je lagu raya....


Dua -dua DIAM terus

Selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan dan semua umat Islam.


p/s: Ramadhan kali ni mengingatkan aku kepada arwah TOK....

Posted at 8/23/2009 1:28:31 am by captainlukman
(7) Emergency Calls  




Friday, August 14, 2009
Surat untuk N

Capt baru je balik dari Kozhikode atau Calicut atau Calcuta**Sambil nyanyi lagu Mr. Bombay...cala-cala-cala-cuta weo..wea** yang tak sempat nak kuar pun. Sebab satu hotel ceruk kampung mana ntah, kedua layover kat india sama je, lain lah kalau dapat gi Goa, haaa boleh bercanda dipesiran pantai. Ni alasan kan? Cuba kalau layover meletop??

Suprisingly dekat tag board ada sekor KUTU BABI bernama 'N' yang dipercayai merupakan seorang pempuan. Kalau jantan lain tulisan dia, pondan lagi lah, kalau bab-bab emo tak stabil berdasarkan sturktur ayat memang sah kau pempuan kan? Ok lah, best jugak lama dah takda orang nak melalak kat situ. Atleast meriah tb aku, thanks for coming.

So sebelum bersambung ke kisah Ditepi Tasik Leman, apakata kita jawab dulu persoalan si kutu babi ni

Soalanya berbunyi: Orang keje steward/stewardess ni english memang terabur ke? KASIHAN!"

Gini lah Cik N, you are being too streotype and generalised about crew. My english? YEs i wrote with broken grammar but the rest of us, im sure they are very good in it. Working with so many nationalities where ENGLISH is the major language, improves me a lot. The native speaker like British and Aussie never laugh to any of 2nd language speaker but they are very supportive and encourage other nationalities to practice more. Especially when you are new-joining crew. You will be suprise here, some other nationalities like japan, korean or nepali even speak/writting better than the rest. As a crew, we are more to communicate than writting, but doesnt mean all of us rojak.Aku memanglah, sebab aku dulu bab english je, aku lari gi practice brassband. Tu yang bukan, terabur lagi dah,tapi longkang terus.

You are wrong , when you said that crew used a broken english, to let you know, one of my 5' 8 blogger cum friend who use to fly with kebaya biru are so so so good in english. Kalau kau bijak, cari lah blog dia dalam list aku. Dia yang duk lama kat sana sampai kene lempar telur baru-baru ni,bukan saja menulis hebat malah Liverpudlian/Mancunian/West Country/Geordie/Welsh/North South Irish accent pun taw beza.Ni kan pulak kau, yang tak tahu ujung pangkal mana datangnya. Ntah-ntah anok-beranok beruk pok soh kot?. I read her blog before link to mine and admire her when she writte in english long time back, kita ynag bengap ni kene lah belajar dari orang kan? . Minah yang duduk lama kat negara sejuk sana tuh (termasuk kawan-kawan blogger yang lain) tak pernah pulak nak memandang rendah apatah lagi lecture english zaman aku belajar dulu dan kau yang tetiba bijik kelentit terlebih panjang dari lidah ni datang-datang terus malu kan orang, kat rumah orang pulak tuh. Ni mesti Mak Bapak kau dulu belah mulut kau masa lahir dulu dengan taik babi kan?Kalau tak, tak cam ni.

Hebat sangat ke ENGLISH kau nak dibanding dengan blogger lain? Bagi link blog kau (kalau ada lah) skit! Atau kau pernah ke bersembang dengan other airlines crew? Berkumpul dengan diaorang di layover bila sharing satu lounge?

What i understood from you is that, you are not mean about english. What u really want to say is ' kerja merata dunia, tapi sebenarnya BODOH tahap spm je'. Harapkan muka ( aku ada rupa ke? ) pastu kerja melancong je lebey, then nak pose-pose kekwat kat sini. Why dont you say the truth? Kalau stakat nak pandang rendah, tak payah la beb, dah kalis dah orang pandang rendah kat aku. It doesnt matter if you have spm, dip, deg, master or phd but how you work together in future. If you feel superior because of the paper, its not a guranteed you can work with the rest~ ntah-ntah orang meluat dengan kau pun ada, selain dari perasan bagus, tak boleh kene tegur, semua orang salah. Macam budak-budak grad yang baru start keje camana? Experiance takda, tapi nak gaji mahal dan yang penting position yang tertera di business card tuh. Podah...

Like one of my uncle say " what is the purpose to study before if you know, you want to be a crew?". Maknanya, nak kerja crew ni, tak perlu ada education background ke? Cuba kau apply nak masuk sini kalau kau takda paper. Muka VAST KEBAMBOOM pun takdanya nak diterima.. Tak bermakna kerja mesti dengan apa yang kita belajar. Some of us success more when they work differently from what they studied....contoh dia chef wan dari accountant to chef*support skitlah kat abg wan kita*.

Masalahnya sekarang, ini lah manusia yang hati busuk dan penuh dengan hasad dengki, tak kenal hujung pangkal tetibe melalak dan hingap di blog orang. Capt tak hairan pun, lagi banyak ko melalak lagi bagus.

I accept constructive critism, kalau ya pun nak komen sila lah, i never delete any of reader's comments, walaupun comment tuh cam sial jugak kadang-kadangkan? Tapi berpada-padalah, jangan sampai menghina orang. Kalau kau perasan bijak sangat, sedarlah kau still tak leh lawan english zaman atuk nenek kau yang sekolah orang putih dulu. Tak caya? Setakat tengok Beverly Hills 90210 pun, kau dah berangan?

Memandangkan aku ni memang terabur, apakata kau sertakan email kau, so everytime aku kuar entry, i will send it to you for editing?

Akhir kata "Ibarat suar dalam sendiri tengit, suar dalam orang lain plak konon berbau". Apa kenyataan balas anda N?

Posted at 8/14/2009 1:56:54 pm by captainlukman
(14) Emergency Calls  




Wednesday, August 12, 2009
Hilang dibalik bukit...

Salam semua, sihat kah anda dari semua batuk-batuk, selsema dan demam?**sambil-sambil buat tanya peminat~ada ke?** Capt dah habis dah waktu-waktu sakit, sekarang ialah waktu malas nak hupdate dan malas nak berpesbok. Waktu-waktu sekarang lebih berfaedah kepada terbang ke serata alam dari duk bertenet sepanjang masa.

Ni tetibe muncul ni akibat jari-jemari ku gatal nak hupdatelah ni, sebabnya capt tak sempat nak hupdate, baru balik kerja, esok kerja lagi , pastu lagi, lagi, pastu kerja personal (merayap lagi) serta buat-buat busy selain dari jadual yang padat, bulan ni juga penuh dengan agenda dok bergaloks sementara sebelum tibanya bulan Ramadhan yang mulia itteeww. Walaupun plan asal nak join orang tuh yang dok gi kuar dari selatan inggeris berderak bersama maria marcedes di parits nun tapi Diva parits busy dengan kunjungan tetamu. Meriah ni....

Syukurnya bulan ni, capt dikurnia kan **wah dikurniakan tu** dengan 5 hari off. Haaa tak ke makhayam and the geng sentap, orang lain paling busuk pun 2-3 hari je off, skali yang aku dapat 5 hari. Ye lah korang dapat leave kan? sambil tingal aku dengan konsep buruh kasar tanpa cuti, so fair lah dapat days off, boleh lah plan gi tengok negara orang lagi. Tetaplah konsep si tanggang tak habis-habis kan?

Sebenarnya i pergi berjumpa empat mata bersama kakak ipar yang blonde tuh lah. Thats why i sadap all these days.

Back to days off, the initial plan is nak gi tempat lain**sambil gi cari pelakon Bel Ami** tapi memandangkan makhayam nak gi panjat gunung, maka dengan hati yang gumbira ikutlah saya ke sana. Lagi pun, nak harapkan aku gi sorang-sorang sana tidak ler. Dimanakah gunung yang selalu didaki oleh makhayam ku ineewww.





The country is Leichtenstein (sebutan - liKH-ten-stein ada rasa nak tercabut tak anak tekak?). Leichtenstien or known as Kingdom of Leich is one of the smallest country in the world, like luxemborg, Monaco, Brunei and located by Swistzerland to the west and by Austria to the east...a German speaking country but they have their own dialect which is diff from Austrian dan Germans itself. Its size is just 160km² with population of 35,000 and the capital city is Vaduz. Negara ini wujud sebabkan oleh Putera Raja (H.S.H Hans Adam II yang masih memerintah ( democracy under constitutional monarchy) namun dari matawang (swiss franc), polis dan beberapa perkihdmatan lain diuruskan oleh Swistzerland memandangkan negara ini terlalu kecil. So bila berjalan dalam negara ni kene bawak passport esp kalau kulit anda warna cam buah dokong, sebab tak jauh mana nanti sampai Austria tak pun, part of Italy.

Both of us have to travel all the way to Frankfurt before heading to Zurich (which is closer to Leichtenstein). Mana tak masuk FRA yang panas tuh dulu sebab tunggu makhayam touchdown dari Osaka, kalau tak dah naik direct dah ni. From Zurich airport, you have to go to Sargans by train (CHF33 one way~ boleh tahan lah cekik darah mahals dia) and will pass all the mountain and village too, sampai sana bini makhayam ambik.






All the way to Sargans from Zurich







The next day, si Marilyn Monroe (nama manja bini makhayam) bawak kami berjalan dari atas gunung sampai lah ke kaki gunung, tak sempat nak ajak mandi tasik je Kalau tak dah meriah dah ni. The town (Vaduz) is very small ala-ala kampung gituh, dimana boleh lah kita tengok Parliment House, Istana Putera Raja di atas gunung dan juga kedai makan yang tutup dalam pukul 2pm, pukul 5pm buka balik. So orang itu 2 ekor sudah kejung lah, takkan nak makan roti je kan? Pemandangannya sangatlah menarik, cuacanya nyaman dan udaranya sangat segar. Kalau korang nak feeling-feeling Fraulien Maria, Sound Of Music, boleh lah buat film kat bukit bukau ni.



Makan tetap bawah matahari...hangus terbakarlah aku

















Castle of Prince Hans AdamII





Parliament House


Negara ni dikelilingi oleh gunung-ganang, dan tasik-tasik membiru cantiknya oleh itu, kalau ada kereta baru sedap nak round-round, kalau tak monopous jugaklah korang nak kene naik bukit turun bukit. Cam korang gi bukit Freaser lah kiranya jalan dia dan musim sejuk je, famous with winter sports. Kalau nak rasa bijs tuh keras kejung je dikelilingi oleh salji putih nan cantik tapi langit mendung berarak kelabu, sila lah melawat disana.

To Marilyn Monroe, tima kasih banyak-banyak( dah pandai cakap melayu dah mat saleh tu) kerana sudi melayan saya dengan begitu baik skali, walaupun rambut mu blonde dan rambut hitam ku berkilat sama kilat dahi jendul ku yg itam inieeww, tetaplah kaler kulit ku menjadi idaman hati mu kan??. Ada jugak orang admire kulit aku ni, ingatkan non-ado pungs.

Its a short trip but im cover most of the sightseeing and the important thing is, to meet Marilyn personally and spent may days off with both of them, sempat jugaklah aku dengar si Marilyn ni dok bebel dlm bahasa german bila tension bawak kereta dan gigih ni dok belajar cakap melayu. Manja sungguh si Marilyn dengan makhayam aku....cisss.

Sebenarnya aku kat sana satu hari satu malam je,3 hari selebihnya adalah agenda merayap sorang diri. Kemanakah capt membawa diri selepas itu?

Nantikan sambungan...

Ditepi Tasik Leman**tajuk kemain ni-sambungnya bila tataw!!**

Posted at 8/12/2009 3:50:04 pm by captainlukman
(6) Emergency Calls  




Wednesday, July 29, 2009
Ade je set-set ni

Lately, with so many air crash hunted us in tv and not excluded the one kat kampung sana yang sungguhlah bimbang. When a huge gathering held in Notre Dame to remember the lost of AF447, me and Diva Parits with lil wawa just met couples of hours sambil dok bergaloks tak hengat donia ni and we walked more than 2km. From which point aku tatawlah, dah dok dukung anak orang je kan.

Im noticed the gathering by looking at the airport staff and the crew uniform of Air France walked all the way thorugh the St.Michele river, and seriously have no idea whats going on there. Maybe a new graduate, maybe?.

When i was with my parents sambil dok makan-makan ikan golek cicah kicap cap kipas udang bersama bawang dan asam limau **highlight ni kes terliur balik~mrasa!*sempena Hari Keputraan Yg Dipertuan Agong kan Terengganu cuti, jadi atas request Putera Raja ni, tema dia makan sekeluarga sambil habislah ma dok buka topic air crash ni. Its hard to tell them how safe to fly compared to drive on road. Based on statistic during training we will know how safe it is walaupun kadang-kadang tuh turbulance bagai nak rak jugak kan?

Adalah percentage of weather but mostly because of human error. Tak caya sila tengok Air Crash Investigation kat National Geographic. A very informative channel dari dok tengok Fashin TV je kan?.

Sapalah tak takut nak-nak with latest Air Yemen crash yang kepala kapal hilang. Aiyohhh dah lah aku selalu duduk kat depan. Dah tu guna pun A310 yang super buruk nak mampus tuh, jamban pun nampak tua apatah lagi kapal tuh. We had one of this type of aircraft yang dengar citer beli dari air-china. Punyalah bau minyak tuhan saja yang tahu, sib baik diaorang dah buang buat tukun kot and the rest of the old a/c seadik beradik with the A310 iaitu si A300 dah lama jadi cargo. Hazab weh kalau operate kapal tuh dengan mostly oven tak function, cam sial jugaklah. Tu takpa lagi, aircond cam tak rasa...masuk summer ni, tak ke manusia masuk je kapal terus melatoppp.Sabor je lah.

Back to my worried parents esp ma yang concernednya nak sungguh aku kerja didaratan. Seperti biasa anak dia berAISYAH konon kembali jua ke tanah ley, padahal tataw nak bagi alasan apa. Eventhough i never tell them anything regarding my work, malas ler kan, karang ada yang tak boleh tido kepala lutut ketor runyuk katanya.

Ada satu hari tuh, lama ni capt tak call ibunda tersayang, maklumlah busy katanya padahal aku busy buat hal duniawi katanya. Kat layover ni baru je sampai, sekali capt tetibe teringat kat pempuan ni, arakian sampai je hotel, buka handphone, nah kau dia msg katanya kenapa senyap. Kuatkan instict mak kita??

Nak menerangkan betapa aku ni pun kadang-kadang takut jugak time terbang esp kalau bila kita travel as pax dan ada terbulance , tapi mrasalah buat bodoh je**tapi kat dlm hati kemain baca ayat-ayat suci~muahaha**. Kalau operate flight, ok plak even kapal tuh huyung hayang kan?

Tengah dok menikmati makanan yang sangatlah enak itteww, tetibe...

Ma:"Ni nok tanya ni, eh jadi-jadi lah keje atah nung. Mu dok takut ke? Serungnyer (seram)lah kita ni"

Cl:" Insyallah selamat semua".

Ma:"Mu tuh gitu ah sokmo, takmboh ke keje bowoh ni, dekat skek dengan ma. Nok lari sokmo".

Cl: Buat doh pempuan ni*dlm hati je* "Owoh leks ah ma, takdok mendenyer.Sokmo gituh, doa selamat sudohlah".

Ma:"Kita ni bimbang takut jadi mende, dok dengor terhempas situ sini takut gok.Mu dok takut ke aking?"

Cl:" Takut gok SEPOSENG dok soh pikir sangak lah."**ada ke takut pakai duit??** Hehehe

Ma:"Mu molek lah jaga diri tuh, jangan lupa suruhan agama".

Cl:**POMMMMMMM petir**"Insyallah"

Ma:"Eh geng mu si liming tuh bini dia pregnant doh king, mu ada takdok ke dinung?" *sambil wak glekek dia*.

Cl:"La pulork, soh wak galok ah ma, tadi kemaing dok takut-takut ni narat plok soalang. Makang ah derah skek, banyok mende gi nok wak ni"

Ma:"Mu gituh ah kang, acu tanya soalang je nok lari lalu.....aboh mu tuh lambat"*sambil wak taik ke aboh plok!*

Aboh:" La kata ke saya plok!"


Hahahahah ade je duaorang ni. Capt gi cuci pinggan dulu ya......**Takkan nak pose-pose anak raja je, jap gi pempuan senget sorang lagi kata aku pose-pose SAUDAGAR (orang kaya) plak**.

Baru beranganz nak melenggang perut lepas makan, dah kene kemas meja plak!

Posted at 7/29/2009 8:17:02 am by captainlukman
(3) Emergency Calls  




Tuesday, July 28, 2009
Diantara gunung-ganang




Since the co. started to fly to New York via Geneva, i never have chance to operate this flight. Other than you need to have US Visa and the chosen one like me who need extra administration (investigation sebenarnya) during the proces, end up with no visa. Maybe Pakcik Sam paranoid looking at my name with 'bin' and knowing what i did before working as crew. Bukan ke kita kene bercakap benar time interview?.

When US is opened and the rest of the crew are crazy to go there (gila shopping katanya), im one of those who is so happy thinking how good that we are not issued with visa, otherwise you might be late for promotion or walaupun dah kat depan, still kene kerja kat belakang yang ermm penuh dengan ________ **perlu ke mention??**. So bersyukurlah atas apa yang berlaku walaupun benda tuh buruk dan tak best tapi hikmah dia sangat ler besor kan??.

Sebenarnya dalam hati ni nak jugak gi ke states selain dari sekarang ni 3 city dah kitaorang terbang kesana.

Still its not bad after all, and now i only have one last destination to cover up after Geneva. Back to Genf (Geneva) in Romandic city of Switzerland (french speaking part) is the second most populous city after Zurich. Well known with the United Nations and the most famous watch maker. With a very practical system and no hope applied when i bid the flight, maka bersiaran lah saya dari kawasan pergunungan ini. Sambil pose-pose Evita Peroni**cam sial kan perasan?**Hahaha.

Makji Esah jangan marah taw, diknon terpaksa survey dulu petempatan dan kemudahan yang ada sebelum uols dan MB datang bertandang. Dimanakah lokasi rumah tumpangan, transportation dan juga tidak dilupakan pusat-pusat maksiat**PETIRRRR**.

Since smell-smell flight to Zurich never have, mrasalah lupa camana expenses and life style in Genf, bila dah sampau baru lah taw bukan murah barang-barang kat sini, eventhough 1CHF = 3.49riyal, 1EUR = 5.14 still the food is expensive compared to other europe country. Atleast kalau kat negara lain, adalah dalam EUR10 sekali makan, ni makan saja dalam CHF30.**gulp**,tu tak masuk lagi kalau nak merayap serta sesi memborong. Marilah kita PPC sajork.

Tapi kan ada orang tuh sejak balik dari ganu baru-baru ni, batuk-batuk dan sakit tekak nak telan. Tapi sakit camana pun tetap ni tak nak MC, ye lah long geneva ada off kat sana lagi, dari bagi kat orang lain**kelly**, baiklah aku operate pun biar pakai sign language orang bisu, asalkan dapat melihat how beautiful the Genf is. Gigihkan?? Mana taknya, cam nak pecah gegendang telinga time decesending tetap TAHANNNNNN, oleh itu nasihat untuk anda sekalian kalau hidung tersumbat, jangan sesekali gatal nak fly akibatnya boleh PEKAK!!**tapi orang tuh tetap le buat jugakkan??**.

With a long layover and big a/c,meaning that so many crew plan to go out,everybody keep asking each other where and what to do. Tapi aku dah taw dah diriku inieeww begitu menghayati tempat baru, maka dengan kekwat riaknya kuar je lah sorang-sorang. Senang takda orang kacau, karang jalan ramai-ramai ni baru 5m jalan berhenti....5m jalan berhenti (pempuan lah ni apalagi kalau bukan shopping) tak pun masing-masing susah nak makan. I veggie je, tak nak tuh, tak nak ni.

Perlu diingatkan walaupun orang tuh sakit ni, pening ala-ala katanya sambil batuk-batuk, tapi walkaround the city and sightseeing WAJIBS dilakukan. So mari kita tengok apa yang ada disana. Jalan all around the town yang kecik ni tak sampai 4jam pun dah habis, unless korang nak gi tengok gunung or another city and the famous mountain that you can see from the town is the Mont Blanc.



































Disini Geneva juga tinggalnya abang kepada Osama, tapi takda kene mengena dengan adik dia lah. Cuma vasttt jugaklah rumah abg kepada osama ni, besar n look super duper rich. "If the militarymen around his house, meanings that he's in the town", megikut kata seorang penduduk tempatan setelah ditemuramah.

But i've extra day, so mrasa kita merayap ke another city iaitu Laussane.

Laussane is located 20min by car or train. One of the beautiful city which is situated on the shores of Lake Geneva and facing of Évian-les-Bains (another city in France) dimana air Evian yang tersohor itteewww diperolehi. Since the Lake Geneva ( Lac Leman ) is divided by two between France and Switzerland, you can see the magnificant view of the lake and lots of beautiful houses cost more than CHF600K since they dont have enough land, sudah tentu orang-orang yang berada je tinggal kat sini. Jangan katakan tanah untuk rumah, tanah nak tanam sayur pun takda, sumer import. So the property is very-very precious, incase they are in war, some of the property will be changed to the plantation. If you go further, you can see the grape farm and the wine grower's house.



That is Evian Mountain


Grape farm

Disebabkan sakit, nak melaha pun tak bestkan? Oleh itu mana yang termampu je lah sempat cover, next trip lah plak cover tempat lain ya. Memandangkan capt tak nampak any of the crew member during this trip,as usual everybody SPEKU La La yang capt gi melaha.Boleh?

Next month kita cover tempat melaha around city plak,tapi Ramadhan lah uols, mana boleh? Tunggu lepas raya lah cam ni.

Posted at 7/28/2009 2:33:46 am by captainlukman
(5) Emergency Calls  




Previous Page Next Page




" I'm blogging mylife just to release my tension about my hectic previous job and to keep me on track to be a Pilot. So that i can see how hard i can realised my dream. But it turns to be a live diary to show my journey. Its precious when i can starring back at my life before, so i know where i come from......... ".






Sky Creepers Shout Box



   





<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30



Songs while you read


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com



DOHA time......




Hijackers




Flight Deck Crew

Akak Fiebe
Akak Ogy Ahmad Daud
Aznil Hj. Nawawi
DBI
Diva Dapur Brussels
Diva Parits
Hjh Esah
ImahFM
Izuan Samuelicious
Kak Ask (Fotopages)
Kak Hajah
Lee UK
Lestroissundelz
Saloma










You Are a Life Blogger!
Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible. You're a bit ... unusual. And so is your blog. You're impulsive, and you'll often post the first thing that pops in your head. Completely uncensored, you blog tends to shock... even though that's not your intent. You tend to change your blog often, experimenting with new designs and content.



Translation







Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed