Wednesday, October 28, 2009
Ramalan mu benar belaka...

Korang ni mana lah dapat story aku ni nak kawen?? Uh Name? Sapa plak bagi info dalaman yang capt ni nak mengakhiri jaman bujang ni. Dilihat kembali pada last entry, takda pulak wujudnya unsur-unsur yang mengarah ke arah perkahwinan, tang ayat mana lah gamaknya. Ni bagitaw lah ni, kot-kot ada yang sudi kenengkan aku dengan sapa-sapa sebab sekarang ni musim berkempen kawan, anak, adik, sedara mara, sepupu sepapat semua lah untuk dijadikan teman hidupku, tapi bagi yang tahu lah kan camana lah nak kawen kalau COLAN pun non-ado, jangan katakan colan bayang pun kelabu asap. Masalahnya dah lama dah bayang-bayang tuh sumer tak wujud.betul tak Esah???

Eh silap, sebenarnya ada bayang-bayang tuh tapi biasalah dah umur meningkat ni, kalau nak ho-ha-ho-ha pasal berchenta kat blog pun tak elok lah kan. Lainlah masa riang tirana dulu bolehlah kan? Kalau bab-bab berchenta ni, biarlah aku simpan buat tatapan diri sendiri,karangkan korang jugak bosang muntah hijo sebab asyik berchenta tangkap leleh-leleh padahalnya tuh raining in the middle of afternoon. Oleh itu saya mengesahkan yang saya bukan nak berkahwin, tapi nak buat benda lain yang sebenornyer.

Kepada kawan-kawan, adik beradik Doha dan Europe (Makji Esah, MB1, Diva Parits~nah kau mak mention**, Makji Eton dan Lee)yang mengucapkan tahniah pada capt dalam pesbuk ,TERIMA KASIH banyak-banyak. Antara percaya atau tidak, nampaknya ini lah yang ditunggu-tunggu sepanjang hidup ku inieeww. Walaupun orang dah nak pencen, kita baru nak merangkak balik, ternyata tidak ada yang lebih senang untuk masa hadapan selain bersusah-susah dulu. Jangan bimbang, sebab pakcik tak letak lagi 'kertas' tuh, ada lagi 4 bulan dari sekarang, jadi kalau nak tuna chili dan oxygen, time ni lah boleh guna uols. Pas ni, kena cari supplier lain lah plak yer. Rindulah saya pada orang Richmond, Parits, Hull...ni Orang Haverhill bila lah agaknya kita boleh bersua muka kan??

To those who don't have any idea whats going on here, insyallah akan ku kompang jua disini, tapi tu lah, nak kompang pun tunggu ah lagi 2-3 bulan?? Jadi, janganlah bimbang, akan ku ganti kompang dengan fireworks kat disini. Ni aku rasa dah terkompang pun kat sini kan??.

Talking about how excited i am after waiting for almost 10years,ada lagi rasa tuh but i keep in the min level, ye lah nak melonjak-lonjak cam budak dapat SPM pun,kita ni dah maghrib. Dan halangan yang dihadapi bukan sikit, tapi bila dilihat kembali banyaknya halangan , itu lah yang menjadikan kita lebih kuat dan bersemangat. Halangan pertama baru je lepas, yang menunggu lepas ni lagi BESAR. Jadi kalau nak YO-YO-OR cam dah lepas dan dapat 2 balak emas tak bolehlah, kene lah sedar diri skit, celebrate sikit-sikit je.

Pernahlah saya cakap kat ma yang malas doh kot nak fikir lagi selain berada di'comfort zone'. Ketahuilah, mampu ke tidak memikirkanya nak nak lagi kalau involved dengan diaorang yang aku ni stakat hantar makanan air dan check diaorang setiap 30min. Check ni penting, untuk memastikan diaorang ni hidup, manalah tahu tido ke, beranganz ke ntah-ntah nak pergi tempat lain, sampainya tempat lain. To start all over again pun bukan senang, apatah lagi nak membina nama lagi lah susah. But im sure, the time will come.

Jadi semenjak keluarnya berita sensasi ini dari mulut ibu ku yang telah pun aku kompang (korang memang cekapkan???), maka sekerap itulah aku bercontact ibu bapa ku, Nak menguruskan segala-mala urusan itu memaksa keraplah aku akan pulang ke ganu. Dalam pada itu, aboh ku telah sms tadi katanya mahu buku BSN. Di manakah letaknya buku kuning tuh?? Rumah ganu atau rumah doha? Erppp tang buku bank ni lah lemah ni,takda lah plak nak dihiraunya sebab yang pakainya Maybank2u**hi Imah** je.

Tu takpa lagi, ni orang tua tuh nak jugak 'kelebek' laci meja ku, ntah-ntah ada kat dalam katanya. Masalahnya laci tuh berkunci dan kuncinya mana?? Ni yang tak best ni, sebabnya kunci meja tuh hilang sejak aku meninggalkan rumah tuh 10 tahun lalu, dan sejak itu lah laci tuh tak dibuka yer. Kalau nak kenelah cungkil dan orang tua tuh dengan lantas bagitaw nak khobek je meja tuh sebab penting. Apa yang penting pun dok tahu starang lah.

Ohhhhhh nooooooooooo!!! Ketahuilah didalam meja itu tersimpanya RAHSIA-RAHSIA SULIT KERAJAAN yang kalau dibuka maka terbongkar habis lah rahsia ku bersama bekas awek zaman skolah duliewww. Bukan saja gambar kami berdating tepi padang bawah pokok ru time Hari Sukan, malah time dating di A&W kat Batu Buruk pun ada, apatah lagi time Merentas Desa sebab time-time ni je kita boleh berlari-lari dengan girlfriend. Konon berlari lepas tuh jalan je lebih sambil dok dating-dating tapi takdalah berani nak pegang tangan kan, jap lagi nampak dek ustazah azizah the legend,tak pasal kene usrah. Dan yang penting surat-surat cinta yang dibalas wangi oleh si dia masih lagi ada didalamnya, siap sampul dengan sampul surat yang kelilingnya biru merah.

Sebenarnya orang tua tuh tahu aku dating, sebabnya pempuan tuh anak kawan dia. Bak katanya dulu.."pah mane kawang aking anok pegawai bank bumiputra tuh?"

Capt:" Dok tahu gok....pah mane dok tahu**ada dalam pesbok tu tapi kene block dek aku**ops!!!

Walaupun tahu, tapi dia takdalah tahu yang anak dia ni pernah dok ambik gambor gedik time berchenta dulu, maka terpaksalah saya meng-sms orang tu agar tidak di-khobeknya meja ku dengan alasang 'ada barang PERSONEL'. Harap-haraplah dipahamnya, ntah dibuatnya keluar titah kenapa tak boleh buka meja tuh, mampus lah aku.

Tapi ada nak dibalasnya msg? Haram dok dibalasnya msg ku, terpaksalah jugak aku mengerakkan bini dia untuk menghalang perbuatan itu. Sebab ma je yang akan acknowladge every msg, nak harapkan aboh? Disuruhnya bini dia jugak yang balaskan...

Katanya ma: "kabo doh, tapi aboh mu kata bakpe dok leh buka. Ada gambor awek ke??"

Betul tak apa mak cakap??

Posted at 10/28/2009 10:27:52 pm by captainlukman
(7) Emergency Calls  




Tuesday, October 27, 2009
The good thing...

Kebiasaanya saya akan call ma lepas pukul 2am doha, time ni dia dah hantar si busuk (adik bongsu ku itteewww) dan dah ready nak masuk office pun. Kalau aku call awal-awal karang, time dia dok sibuk kat dapur, ada plak yang bertukar jadi rimau. Time management amat penting kalau kita nak call seseorang tuh, berdasarkan waktu mana lah tahu dia sibuk ke kan?. Anyhow im not really asked both of them any favor so far, semenjak merasakan diri ni dah besar, bukan apa sebab cikgu kat rumah tuh selalu cakap kalau nak apa-apa buat dulu sampai tak dapat baru mintak tolong, lagi pun sampai bila lah kita ni sebagai anak asyik nak menyusahkan mak bapak je kan. Duduk berjauhan juga amat bagus sebab segala mala masalah kita kene tanggung sendiri, kalau duk dekat kejap-kejap kita mintak tolongkan?

Tapi saya segan nak mintak tolong, sebab permintaan saya selalu kene reject. Lain lah lagi 3 orang kat rumah tuh, esp pempuan sorang tuh, ada je dia dapat.

Kalau nak beli topi bodyglove kononya, sila lah jangan malu bawak bekal ke sekolah. Ni kira nak save pocket money lah ni, bagi pempuan tuh ok lah, tapi bagi aku? Tak jantanlah kan budak laki bawak bekal?? Tapi takpa lah,memikirkan ibu ku bangun se awal pagi masak macam-macam sebelum pergi keje, tak sampai hati saya katakan tidak, saya bawak jugak bekal sampai form 5. Korang ada ke?? Adik-adik sangatkan?? Practicalnya pada saya sebab saya berkeinginan banyak benda, maka banyaklah saya save selain dari berjimat cermat, tapi lagi jantan dua orang tuh takkan bawak pun.

Back to my mum,i will call her every week, ye lah dah lah nak balik liat kan? Kalau nak call pun susah jugak,tataw lah nak jadi apa kan? Jadi ini adalah antara alasan yang dapat mengurangkan rasa bersalah. Nak-nak lagi bila nak mintak tolong, walaupun asalnya nak tanya je. She come out with idea and willingly to help, yang lagi menambahkan rasa bersalah kiewww ini. Katanya kalau nak dibandingkan dengan anak-anak yang lain, bukan selalu pun dia tolong 'anak dia yang tak habis nak duduk jauh' ni, sebab dia tahu dalam cakap banyak anak dia ni suka sangat berahsia** eh ye ke?**, nampak besar tapi takpa sebagai mak akan dibuat jugak.

Tengok, mak bukan main kalau anak nak apa-apa sanggup buat macam-macam kan, anak ni punyalah tuhan saja yang tahu betapa determinenya sampai leave pun cancel.

Pagi ni,disebabkan saya terkedu dengan apa yang dikhabarkan setelah lama menunggu, saya terdiam sebab terkejut dan terharu (campur sebak campur gembira lagi) atas kesanggupan dan doa dia untuk saya setiap hari dan juga tetiba sedih mengingatkan adik beradik di doha . Jawapan yang diterima membuatkan saya terdiam tak terkata


Ma:" Aking nangis ke?"

Capt:" Dok eh, mana ada..nok tido ni"**padahal tengah tahan suara nak coverline**

Ma:" Doh lah...macamlah ma dok kenal.Alhamdulillah lah..... jangan lupa Solat Syukur".


p/s: Bagi kawan-kawan yang tahu, diam-diamkan lah dulu ya walaupun niat dihati saya nak simpan sampai last minute tapi terkompang jua akhirnya sebab terlalu gembira, sedih dan syukur atas segalanya, maka dengan itu benarlah seperti apa yang dirancangkan.Nampak gayanya tidak lama lagi lah kan dan saya pun dah tak sabar ni.

Posted at 10/27/2009 3:39:20 am by captainlukman
(7) Emergency Calls  




Friday, October 23, 2009
Sabai-sabai

Kembali bersiaran dari 'Tanah 1000 Senyum', kau ada buat annoucement cam ni???. Ya capt ke bangkok lagi dalam masa 1 minggu, makan hati yer budak-budak thai sebab diaorang pun tak dapat BKK banyak cam ni, aku ni plak gatal bid sikit je, sekali dibaginya berlambak.Lepas ni kene bid cdg plak, nak pose-pose Dior dengan mek comel wawa dan mok dia.Uols ready dah dengan boots kah??

Tapi kali ni kan, non ado lala , sebab pasaraya yang capt gi tuh takda, kerang busuk dan meusle je ada, tapi takdok lah makan oyster**curlastttttt org melbeng!!** ingatkan boleh buat lala the second, tapi non ado, ni lah hasilnya kalau nak riak menunjukkan? Tuhan always balas on time. No delay in transaction.



"hi my name is Barbara Walters or you can call me Badariah Pulau Wau **matilahmak**
Kali juga capt bersiaran buat julung kalinya setelah menunggu sekian lama untuk terbang bersama sorang lagi chief stewardess selepas DDB, insan itu bernama Badariah @ Long atau lebih dikenali dengan nama english dia Barbara**tetaplah nak nama vastkan???? walaupun dulu beliau merupakan pengeluar budu yang berjaya di tanah tempat sajork~standardlah kan set-set ni matilah aku**.

Si Barbara ni ajak lah capt ke Chatuchak, katanya nak beli barang apa ntah, ok lah since aku pun dah buat BKK sampai nak muntah kan? Kita layan je lah, karang kan dia bertukar wajah plak nak basuh aku dalam kapal sebab tak ikut prosedur katanya. Korang paham je lah akak-akak memang cam tuh kan.**matilah sedap giler charotz ni**.

Tetap lah orang tuh nak naik shuttle bus dari hotel ke chattuchak walaupun shuttle bus dah berlepas kan? Sib baik dia dengar cakap orang ni dan pergi naik MRT ala-ala Putra, dah orang ni cakap dia selok-belok bangkok ni ibarat cam kl je**matilah riak lagi**. Disebabkan chattuchak ni hanya beroperasi di hujung minggu (sabtu dan ahad sahaja), maka kalau naik taksi ibaratnya meriahlah meter tuh walau pun tak jauh, tapi jem dia boleh tahanlah. Ingat,kalau naik MRT berhenti di Kampheng MRT station, station ni betul-betul dalam perut chatuchak, lepas tuh pandai-pandailah jangan sesat ya.












Adik ni DRAG lepas skolah, kau IMAH drag umur berapa??**ops**








Barbara: "adik comel weh, bui gak harge muroh....demo ni dok supo mulo"
Adik Baju itam:" Tok se mokcik, muroh doh kawe wie ni"
Barbara:" Gapo dio? Mokcik??
Adik kat bawah:" Sudoh mu,kak lah. Tok sey panggey mokcik"
Barbara:**Sengih**







Kalau korang pernah pergi ke Pengkalan Kubur atau Rantau Panjang, cam tuh lah ibaratnya chatuchak ni, tapi kan lagi besar, lagi banyak barang dan lagi panas yahampooooon. Manusia usah dikenanglah kan? Berpusu-pusi dan orang kta berlambak-lambak datang shopping, matsaleh? Usah dikenanglah kan?

Tak boleh lama sangat kat sini, sebab karang ada terlebih muatan plak. Taw aje lah, naik juling mata tengok. Dulu capt dah gi sekali yang ma capt suruh beli 'Poselin boat' nak letak makanan katanya, kau tahu berapa aku borong zaman mula fly dulu? 1 dozen yer!!! Sib baik beg aku tuh tahan lasak, maunya pecah dalam cargo, menangis yer adik. Yang penting bukan eksport ke ganu terus, balik doha dulu, pastu usung lagi ke kl baru lah sampai ke ganu. Sib baik elok tak pecah, kalau tak aku cantum pakai gam UHU. Mrasa!

Disebabkan kami ni makan, makanan thai muslim yang sangatlah 'manih letting' dan 'pedah lessik', maka terkedek-kedeklah mencari jamban yang tak tahu dimana puncanya, Ayoyoyo...sakit perut mencucuk-cucuk, walaupun capt ni masak pedas jugak, tapi rempah ratus yang diaorang guna memang membara yer.



sila abaikan ORANG SAKAI depan bandam tuh**pitam**


Tapi....ada orang tuh tak nak berry kat situh, ni terkejar-kejar nak gi melabur kat Siam Paragon ( ala-ala pavillion). Kelas tak? Tetap nak berry kat tempat kelas katanya**TETAP!!!**. Ye lah, baru lah 'lepas hawa' kan??? Nyamanyer...............kalau tak, terkemut-kemut dua ekor ni dalam train.

Dah nama layover pun 24jam,lagi mau tido kah bila sampai? Non-ado yer, gigih ni 2 orang ni, harung jugak panas sinar mentari of bangkok walupun terhuyung hayang. Kapal ke BKK ni harusler penuh, takda maknanya nak lite load, kalau boleh letak manusia atas sayap pun, tobat diaorang letak. Sepenuh-penuh alam, sepenat-penat kami tapi berbaloi sebab atleast ada lah jugak geng nak gi borong kan.


Ibarat kata pempuan si tukang urut capt ni....

Tukang urut: "Ermmmmmmmm vely small na, like-like lady"**sambil pegang pinggang capt**

Capt: "Leally?" (Really?)

Tukang urut: "Yesss sir, no ploblem, I TAKE CARE YOUUUUUUUU"

Capt: "Hahahahahahaha"

Kau ada?? Sorry mak tak mampu nak cover-cover lagi, sebab dah lah geli dia urut-urut bagai, dia buatnya plak ayat spastik tuh. Pitam!!

Muskhilnya, aku tengok muka kampung aku ni memang Melayu, siam tang mananya budak-budak kat tempat kerja mak ni asyik dok hengat mak ni mek siam. Cuba korang bagitaw sket, rupa latino adalah sipi-sipi kan.Wahhhhhhhh propah sangats. Kannnnn? Dari kapal BKK sampai ke Jordan yang aku operate asyik orang berkap kap krap je. Tahu lah dulu Terengganu tuh bekas thai, tapi tuh zaman dinasour kan??

Satu lagi nak tanya...



"please explain to me, how come UFM branch Bangkok change into a bread shop??**matilah N**

Posted at 10/23/2009 6:07:07 am by captainlukman
(2) Emergency Calls  




Tuesday, October 20, 2009
Apa lala...

Ada nampak pic 'Lala' tak dalam entry lepas? Ada kan? Haaa kalau korang berselera pergilah cari dikedai berdekatan dan bungkes je, nak dibandingkan dengan saya yang kene tapau jauh, pastu bersilat pulak. Selaras dengan pertama kalinya masak lala, dengan riak takbur, capt pun gi lah havoc kat pesbok, saje gatal jari nak menunjuk. Walaupun tahu padah dan jawapan dari penduduk setempat.

Ada orang sentap ok kes tak ajak dia makan?

Mungkin dia rasa dia penting sebab tuh kene ajak pasal dia bekerja di tempat penting. Maka orang kene lah ajak dia. Alah kasilah can kat orang lain plak, asyik you je kan, dengar citer you rajin gi makan rumah sorang tuh alah dekat dengan Wall Mart tuh, tapi kami yang tahu ni takdalah plak nak sentap bagaikan?

Apa yang nak disentapnya kalau baru je balik leave kat kl sana sebulan, pastu dok havoc makan tuh makan ni. Tengok kawan-kawan saya yang balik Mesia tuh, gigih ambik gambar makanan untuk tatapan kawan-kawan yang tak dapat merasa, tapi non-adolah kami ni nak sentap pun, terliur je tapi takdalah sampai tak leh tido kan lili kan walaupun memang bara jugaklah kan tengok sedapnya makanan yang dia makan.

Makhayam pernah tanya kenapa saya menghentikan majlis makan-makan yang selalu dibuat dulu, dah kurangkan aktiviti mengajak orang makan dirumah, bukan kurang memang takda langsung, kalau ada pun hanyalah orang-orang tertentu saja atau lebih senang adik beradik doha. Ini adalah berkaitan dengan penduduk setempat jugak yang membuatkan capt tak lalu nak ajak sesapa, antara sebab-sebabnya ialah:

1) Kalau ajak sorang, nak kene ajak semua group dia, sebab nanti takut yang lain sentap tahu dia makan sorang-sorang je. (Kat doha ni, rakyat kita kuat bergroup).

2) Ada orang ni tak sebulu dengan orang tuh, maka orang ni tak nak datang kalau orang tuh ada.

3) Mengundang ramainya penduduk setempat,maka mengundang jugaklah percakapan-percakapan yang akhirnya nanti kene jugak kat tuan rumah. Ye lah uols, mak ni kan mulut jahat yang suka memburukan orang kat belakang**matilah DAMAGE is DONE!!!**

4) Secara rasminya saya menjadi tukang masak atau rumah saya jadi canteen bila time dia lapar ( as if aku ni bini dia).

Disebabkan faktor-faktor diatas dan juga tidak mahu mengundang BALA-krishnan lagi. Ye lah kan, karang kita berbaik-baik dengan orang bagai, alik-alik kita plak yang kene cakap jahat. Maka saya menutup pintu rumah saya dengan penuh bahagianya. Walaupun ada spekulasi-spekulasi liar mengatakan saya sombong, tidak mahu bersocial, kekwat sebab senior crew (perlulahkan???) serta sibuk dengan NEMO ( nemo ialah sepisis hanak hekan laut mati yang sangat comel tapi liar), tapi sebenarnya saya amat penat mahu berkommitment dengan orang sekeliling yang dah tua bangka pun asyik nak sentap aje kerjanya, biarlah saya maintain mana yang ada...sejemput pun sejemputlah asalkan orang nya betul-betul, muka ketat takpa, kene smesh terang-terang pun takpa kan uosl kan??

Dah you suka sangat bab makan, maka dengan itteewww akan ku kompang lagi pasal makanan. Mrasa!

p/s: Dalam pada komuniti kita yang kecik ni, ada orang masih lagi dengan sikap jenis kalau nak mintak tolong, mesti ada habuan. Tanpa segan silu plak tuh mintak sambil hints-hints, tapi kalau dengan bangsa lain, bukan main sengih ni sampai ke telinga cakap lemah lembut,sambil siap mention apa orang lain bagi bila ditolongnya, tapi kalau dengan bangsa sendiri, jangan kata nak senyum, menyeringai takut orang mintak tolong. Tu baru nak tanya, bukan nak mintak tolong pun. Masalahnya boleh tolong ke?

Posted at 10/20/2009 1:45:03 am by captainlukman
(5) Emergency Calls  




Tuesday, October 13, 2009
Tomyam's week

Oh ya, sebelum tuh, bukan i yang complaint pasal kerja Esah,mak complaint pasal crew**boleh??**.Sebabnya aku sangat gila bekerja sampai sanggup mengadaikan cuti ku selama 15hari untuk bulan depan. Maknanya last cuti ialah dibulan February semasa kita bercanda bersama Pn.Zaiton dalam kerete sambil berpose-pose ' know one knows'. Hancur luluhlah hati ibu ku dengan harapan untuk melihat ku dirumah bersenang lenang sambil meng-order makan. Walaupun kehadiran aku ni setakat 2 malam,tetap pempuan giler sorang tuh yang tak habis-habis nak jeles dengan kehadiran ku disebabkan semua lauk pauk yang sangat sedap menunggu putera raja pulang.Putera Raja ke si Tanggang?Ish memang tanggang lah aku ni lain lah cik Saloma kita. Kau haruslah no-complaint, kalau tak sapa nak spedo Fifi, Cinta, macam2 lagi kan? Dah habis ke gayakan semua ke hasil rompakan mieeww itteeww??.

Sementelah i ni gigih menyanyi lagu 'jari-jari ku sakit semua kerna bekerja hari-hari' dan semuanya schedulle pagi. Sangatlah ting tong didalam briefing room, kalau pick up dah pukul 4.30am, korang kira lah bangunnya pukul berapa nak make up bagaikan?. Karang ada plak kes berendam tak keluar-keluar selagi mata tak habis bengkak.

Sebagai seorang yang bermuka sangatlah Asia, kemana saja negara asia selatan yang aku pergi, mesti orang ingat aku ni datang dari negara tuh, lainlah kalau ke China atau Japan. Jadi selebihnya kalau stakat ke Manila, Myammar, Singapore, Bangkok termasuklah Nepal, maka saya dilihat sebagai perwakilan destinasi ini didalam kapal saya. Masuk tang Nepal pun, aku ada rupa diaorang. Keji tak? Sedih taw, tapi takpa senyum kene maintain.

Yang sebenarnya, sejak i datang ke sini lagi, budak-budak kat sini mesti ingat Thai. Hallo? motif Thai. Kenapa bukan Malaysia?

1)Adakah disebabkan aku ni 'halus' macam makhayam cakap?
2)Berkulit gelap serta memiliki muka yang panjang? Set2 pilipin semuanya fair n lovelyn bulat
3)Atau time tu rakyat kita tak ramai lagi di dalam company, especially melayu?


BKK1
Jadi bila di Bangkok semalam, tetiba muncul 'semangat perjuangan harmoni' untuk ke tempat-tempat maksiat. Tempat ni ialah tempat cucuk langit, bukan tempat yang boleh menghasilkan happy ending. Lama gila tak gi ni, walaupun penat dengan full load, sampainya petang, tetaplah orang tuh gigih keluar. Ye lah uols, tetiba rajin nak buat maksiat, camana?Walaupun entry sebelum ni sedikit 'tawadu'.

Disebabkan dari dalam kapal lagi orang dok berthai termasuklah pax mat-minah saleh, saya tidak mampu berkata apa-apa selain senyum. Penatlah pakcik nak sexplain kat 275 pax tuh lagi pun, kami diminta menolong adik-adik dibelakang yang baru sedikit lem buat kerja.Sib baik korang dapat abang pokok ru yang baik hati, kene di makhayam ostolia, kene carots kat galley lah time service.

While waiting for taxi tengah malamnya, pakcik concierge ni pun berkong krap bagai tanya lah nak kemana, sambil saya tunduk-tunduk bagi hormat,teruslah saya skeaping broken english**mana si N??**. Korang taw tak, pakcik ni (bukan pakcik abang sebenarnya) sentap terus pusing suruh kawan dia yang lain layan aku. Kekwat ni, tetiba memalingkan muka**HARAMZADEE**. Ini bukan salah saya pakcik mau pose-pose kekwat konon saya ni tak cakap thai, tapi tetaplah saya mintak taxi dengan penuh sopan santun pada concierge satu lagi. Walhal pakcik ni dah lari...boleh? Nak gi buat maksiat, kene ambil mood n feel dulu kan? Tak boleh moody grummpy jadi dengan penuh senyum simpul...

Capt:"Sorry sir, actually im not Thai".

Concierge baik:"Oh solluy,maybe he think you thai, thats why he speak thai wit you"

Oleh itu, sekiranya kita ni nampak mana-mana asian walaupun dalam hati cakap dia tuh rakyat kita, baiklah kita senyum dan bersembang dulu sambil dengar accent dia sebelum kita main cakap je bahas ibunda. Some people take it offended because no one wants to be known as other nationalities.

On the other hand, kenapa kita boleh differentiate orang tuh dari mana berdasarkan accent dia, sementara ada lagi yang bangang sah lagi terang yang kita ni slang malaysia tetaplah nak dipanggil pinoy. Bodoh hapa?


BKK2
Saya gi lah gunting rambut yang takdalah panjang sangat, tapi sebab saya ni obses pasal grooming nak nampak kemas sokmo, maka dengan rajinnya saya pun singgahlah kat kedai di MBK.Tetibe abang tukang gunting (ATG) ni pun bertanyalah asal capt, sambil menerangkan yang i ni rakyat mesia terus dia tukar slang

ATG:"Ohhh orang mesia ke, kita boleh cakap melayu"**ada slang thai n kelantan skit**

Capt:"Oh ye ke, mana belajor?"

ATG:"Saya dari Patani, tapi asal Narathiwat. Nama thai Ate, tapi nama muslim Ahmad"

Capt:**mata ku disinari cahaya kelipan bintang also known as MIANG**

sesungguhnya ATG ni not bad**garik doh orang tuh kan lily kan??**.Memang muka melayu tu ada,berbadan sedap tapi rendah skit dari Capt serta memakai seluar jeans yang asyik terlondeh yang menampakkan undies dia yang sedikit tetas benangnya**matilah attention into details**. Sambil dok sexplain macam mana rambut saya ni mahu digunting tak nak tebal dan tak nak pendek sangat(karang si Helly Berry tuh sibuk tegur grooming aku), sambil juga ATG menanya soalan seperti, umur, dah kawin ke belum, best ke BKK, bila mau datang lagi dalam melayu tidak dilupakan memanggail capt adik. Aiyoh???**meleleh**

ATG: "Doh adik, potong skit deh rambut depan ni, dok lawa kalu panjang,baru ah molek rambut atah ni nampak CUNGAK"

cungak = ternaik

Capt: "Hahahahahahahahahahah**gelak sampai satu kedai tengok aku**.

Oh abang Ahmad, sudah lama ku tidak dengar perkataan itu. Hampir tersedak mendengar pelat-pelat klate dia tapi takpa kau tetap nampak comel. Mampukah abang Ahmad membimbing saya ke jalan KEBENARAN???.


BKK3
Wajib beli barang-barang basah seperti kangkung, sayur, cili merah,tofu,dan apa saja barang-barang exotic yang tidak dapat di doha nan mahal ni. Jadi saya ni memang pemborong tegar sekiranya ke asia, kalau ikutkan lama-lama nanti ranap jugak beg aku tuh.Pakai pun ala-ala je, ye lah perlu ke nak vast bagai, sah-sahlah orang ingat aku ni thai jugakkan??. Tetiba ketika melintas di seafood area



Lala?...Lala?..Lala?


Mampuslah aku angkat 3 paket bukan senang nak dapat, ni kes tamak sebab dah terbayang dah nak masak apa kat rumah. Aiyohhhhhhh sib baik tak nampak siput sedut? Kalau tak, aku borong skali dengan pasaraya ni. Wahhh tetap beli kat pasaraya ya, bak kata orang tuh. Ye lah ahkak, kalau dik non gi pasar basah karang ada yang beli telinga cik Bi plak. Kau nak ke??Lala punya pasal, habis service manual aku basah serta berbau hanyir kes bekas lala bocor**meraonggg**.

Setelah sampai rumah dari flight, terus tukar uniform sambil berbaju dalam sajork dan inilah hasilnya



Lala Tumis (resepi korang cari kat sini), Kankung masak belacan, Sambal belacan**wajib!!** dan tidak dilupakan ikan goreng**org tganu sgtkan Dbi kang, makang ikang sokmo**

Seraya makhayam berkata

Makhayam:"Ermmm sedap nok, pandai ko masak. Tengkiu"

Aku:"Haruslahhhh!! Berani ko cakap tak sedap? Pandai pung ambik hati aku"

Makhayam: "Yes my dear, diamont, mountain umbrella (cam sial translate from ya sayang, intan gunung payung), even terOVER garam cam sup ayam ari tuh pun, mak puji sedap jugak nok, tetap aku telan walaupun darah naik"

Aku:"Cisssssss hahahah"

Ohhh capt beransur dulu ya, maklumlah ada panggilan jihad dijamban. Tu lah makan dok hengat punya, semuanya pedas lessssikkkkkk. Perut i tak biasa you**muntah hijau**

Posted at 10/13/2009 10:07:34 pm by captainlukman
(7) Emergency Calls  




Thursday, October 08, 2009
Bagus sekali

Saya sangat mengagumi dia, selain dari seorang yang penyabar, lemah lembut, berhati mulia, dia juga telah banyak membentuk saya ke arah moral-moral yang lebih baik (dah saya ni bukannya bermoral sangat), malah bukan dia lagi, termasuk seorang dua yang lain. Mengajar saya erti sabar, berfikir dengan matang, jangan terburu-buru membuat kepututsan dan tidak mengadili sesuatuh perkara tanpa usul periksa. Sebab dulu saya ni, bukan saja hangin tak tentu pasal, malah bercakap ikut emosi je, sekarang pun sifat-sifat lama tuh ada lagi tapi dah cool down banyak dah. Ye lah, umur pun dah nak masuk era-era malap, lagilah mau perasan tergedik-gedik kan?.

Siapa yang saya maksudkan tu biarlah saya sorang je yang tahu dan namakan dia sebagai A.

A bukan lah kekasih hati saya mahu pun orang yang saya cintai, tapi A merupakan kawan baik yang sangat saya kagumi. Orangnya yang lemah lembut dan tahan sabar tuh sangatlah sesuai berkawan dengan aku yang perangai kalah firaun ni. Walaupun saya tahu kelemahan A yang kadang-kadang tak masuk akal, tapi dah kalau itu yang dia mahu, kita nasihat pun dia tetap takkan dengar tapi dia akan fikir.

Sewaktu dulu, hidup A dipenuhi dengan kehendak hati, banyaklah dia melakukan apa saja untuk insan tersayang, walaupun kekasihnya tuh layan cam hanjing je. Kalau kene kat aku, agaknya tak tahu lah camana nak handle kan?. Asal tension je, terus hiburan yang A cari, siap boleh buat opening and closing lah tempat tuh, asal geram je dia melakukan banyak perkara yang menyakitikan hati semata-mata nak melupakan masalah yang dihadapinya.Hasilnya, tak pernah nampak tenang diwajahnya, malah kusut dan serabut aje. Malah A juga selalu mencari sesuatuh yang dia tidak boleh renggang, melainkan aku yang ok je tanpa rasa itu. Sekiranya dia hilang benda ni, esok dia dah jumpa sebab hidupnya tidak boleh berseorangan.

Sempena bulan puasa yang lepas, A tetiba berubah kearah kebaikan, setelah lama akhirnya dia mendapat apa yang saya percaya hidayat. Malah semangat dia mahu berpuasa penuh, menunaikan tanggung jawab membuatkan saya gembira sebab sinar cahaya makin lama, makin terserlah nak dibanding dengan saya yang makin lama, makin KELAM. Dia nampak makin tenang, bersih dan segar nak dibanding dulu. Tidaklah maknanya saya ni baik sangat, cuma dia kearah kebaikan, aku plak kearah ntah hapa-hapa.

Katanya, kau dari Timur dah dididik dengan agama dari kecil, aku kene cari sendiri. Tak semestinya dari pantai timur, kami ni semua alim ulamak,bergantung kepada individu itu sendiri.

Macam mana kesedaran ni boleh muncul pada dia bukan pada saya yang makin sesat ni?. Walaupun saya tahu, ada yang beranggapan yang A susah untuk kembali ke pangkal jalan berdasarkan apa yang dia selalu buat, tapi siapa kita yang boleh menilai seseorang tuh? Tanpa segan silu, A perbaiki hidup dia dengan mencari ketenangan dan perbanyakkan ilmu.

Melihat dia seperti melihat makcik saya, yang zaman 80'annya sangatlah hippies, berskirt pendek, rambut toncang sambil pose-pose manja ditepi tasik titiwangsa sambil naik basikal air~time ni saya selalu pose-pose sengih kerang busuk sebelah dia, namun dia berubah menjadi orang yang baik dari sebelumnya. Ilmu yang dia pelajari tidak pernah plak dia bersikap prejudis dekat aku yang tak habis-habis lagi dengan hal duniawi ni atau orang diluar sana yang dia lihat masih lagi mencari keseronokan, sebab dia pernah berada ditempat itu. Walaupun dia bertutup litup sampai ke tangan kaki, tetap sudi keluar dengan aku yang selalu dok dedah aurat ni--->tetap mention!! Jadi, takpayahlah kita suka hati je menilai seseorang berdasarkan luaran, sebab kita tak tahu apa yang dia buat disebaliknya.

Lain lah kita ni, dah lah ilmu tak banyak mana, lagi mau terbiyah kat orang kan?

Melihat juga kawan kita menjurus kearah kebaikan,jangan lah kita dok gelak-gelak sambil dok tunggu nak tengok sejuah mana dia mampu jadi macam ni, baik kita berdoa semoga kita pun dibukakan hati satu hari nanti kan?. Ni tak, dok questionare orang, dulu dengar-dengar 5 waktu, sekarang 1 waktu pun susah, takkan lah ibadat pun nak citer kat orang. Lain lah kita yang dok ber'spank' aje dibilik sebelah tuh kan??**matilah sapa tataw**

Ini bukan entry insaf saya.

Posted at 10/8/2009 2:44:53 am by captainlukman
(4) Emergency Calls  




Tuesday, October 06, 2009
Ada je kan?

Pertama
Mula-mula sekali, kenapa pesbook aku asyik "error on page"?. Menatang hapa yang errornya? Bila kita nak post status, error. Korang tahu tak, apakah masalah dalaman si pesbook ni? Ke aku yang bangang sebenarnya. Mengikut tilikan mak lah kan,ni bukan kes lain ni, ni mesti kes laptop i yang dah makin nazak, nak kata format dah berapa kali dah. Adakah ini alasang baru untuk laptop baru?


Kedua
Akhirnya aku OFF jugak dengan rasmi selepas seminggu ber-minimum rest (11jam) dari Athens ke Athens ke Alexandria dan Moscow yang semuanya turnaround selain Moscow yang layovernya pun tetaplah min. rest. Dah nak buat camana kan? Tema bulan ni semuanya turnaround dan min rest for the layover. Tapi min rest dan penat cam tuuuut pun takdalah nak complaint for non-stop kan?**sikit-sikit bolehlah**.

To some crew, since early birds dari dalam bus lagi ni, dok pot-pet-pot-pet complaint pasal flight awal pagi lah, tido 2-3 jam lah, long day flight lah semualah asyik dok complaint-complaint dan complaint tu tak campur lagi dengan pax complaint (if there's any). Tolonglah,tak sign in lagi dah start complaint. Eh hello?

a) Balik kerja dan terus jumpa boyfriend/girlfriend pastu esok ada flight lagi, takda plak nak bising penat? Sapa suruh perfom malam tadi?**ops**

b) New bidding system, tak semuanya yang di bid dapat? Korang reti tak konsep ber'syukur'?**matilah ajar orang kafir bersyukur katanya**. Pastu tamak haloba kalau boleh semua best destination with high allowance nak disumbatnya dalam roster. Mana boleh bai? System tu pun takdalah bodohnya nak bagi semua tuh, habis tuh sapalah agaknya yang malang kene buat beyrut, cairo yang cam haram tuh kan???

c) Apa lagi yang tak best? Cuba citer skit? You will find 1001 things that not suit you, bagitaw co. mana yang boleh suit your needs or you have to adjust yourself to blend in. Walaupun asal dari negara miskin, tapi sejak dapat duit banyak ni, rasa cam dia lah Athina Onasiss, sampai lupa asal usul, padahal kat kampung guna sampan sajork. At the end, all the branded handbag and latest fashion hanging in your closet**matilahaku**.

Seriously, i dont have empathy and try not to sympathy to you, because i have more things to handle instead of sit and listen to all your unsatisfaction.


Ketiga
Sekarang, kenaikan dan diturunkan pangkat berlaku cam injit-injit semut. Hari, you dilantik sebagai ketua, nak-nak you berada dalam co. lebih dari 3 tahun,adalah masa you untuk jadi ketua. Walaupun tak dimintak, based on prestasi dan jugak skill kau yang pandai SAPU PLANTA, boleh juga dikira untuk next post. Tapi come on lah, if its not your time, it will not be, so jangan tanya walaupun staff no aku memang SENIOR-citizen. Look at the one who desperately need power by thinking that changing ranking can give you authority to give instruction. Erkkk. Galley pun tak organized, kelam kabut time full load pastu tak neat and tidy plak tuh. Ishh elergic aku. Lagi mau berangan jadi supervisor. Tu tak suruh lagi decline seat manually, tergagau-gagau baca manual.

In the other hand, ada plak yang baru je baru nak merasa jadi Ketua Prestasi (ish letihnya nak kene translate, karang kang ada plak reporter tak bertauliah~tau je lah tempat khije mek ni) tak sampai dua bulan kes berangan kuat sangat dan usia anda yang terlalu muda iaitu tua setahun saja dari saya dan terlalu megikut emosi ketika menyelesaikan masalan membuatkan anda tersungkur kembali ke belakang. The real reason sebenarnya adik tak tahu, tapi mengikut lalat-lalat @ kepochi internasional ni( bukan bangsa kita je taw kepochi, bangsa lain mak datuk boleh tahan kuat yer), macam-macam story yang adik dengar. Tapi yang tak bestnya, bila ada bangsa kita yang tetibe kene jugak, rupanya ada orang yang ber'sorak' yer. Ermm siap hint pedas-pedas lagi ni, seakan-akan PUAS apabila melihat rakan tersungkur walaupun ayat penyata tuh berbunyi sinis. Dah lah benda yang lepas, tu lepaslah. Ingat, hari ni dok sorak atas kejatuhan orang tuh, esok lusa kene kat kita siap haribulan, orang buat majlis syukur terus ya. We are not in their shoes to explain why all these thing happen, tapi kenapa kita mesti gembira dengan kejatuhan orang.

Now i know, who im supposed to avoid and why we are more happy to see someone down than push him/her up. Real world, welcome back


Keempat
Menatang duty-free onboard tuh kan memang bagus sungguh buatanya, selain main tekan-tekan aje kalau pax nak beli barang. Kalau barang takda, lepas double check manually pun takda, takdoks lah maknanya tuh. Kalau mesin tuh, rosak kita buat manually jugak, lagi senang. Ada orang tuh semenjak dua menjak ni asyik nak buat duty free, katanya nak belajar sebelum kene campak kat flight-flight yang berpontensi mempunyai pembeli sampai tak cukup napas nak kentut. Sekali dia buat lah, tapi nak kata salah mesin pun ada jugaklah bangang nya sebab date tak boleh tukar, tapi yang nyata mata kau kemana lukman?

Tahu tak,tak pasal i accept credit card expired without noticed and pax tuh dengan CELAKA GIRANGnya ( saja je orang tua ni tak check dan aku pun bangap jugak nak double check) bawak balik satu jam tangan FREE and that watch costing USD200 which will be deducted from my salary**SIALNYAAAAAAAAAAAAA**~learn from the hardway

Babi tak???? Sapa yang bersalah? Tukan swipe ni lah.........

Posted at 10/6/2009 11:51:59 pm by captainlukman
(3) Emergency Calls  




Thursday, October 01, 2009
Artis tanah arab

Sapa kata kat negara kita je ada artis, kat doha ni pun ada jugak the one and only dan dinamakan artis baru nak naik oleh rakan-rakan artis yang lain. Alah artis ni re-current safety pun baru sekali, maknanya baru setahun lebihlah kat sini. Tapi setiap kali kita sebut sebutan arab, dia mula lah nak buat bagitaw salah kononya, bila kita cakap "Assalamualaikum"je, troos dia potong cakap




"Salah tuh nok, sebenar nya SALAM ALEEEK" **sambil tergedik bagi penerangan segala**

Sebutan rakan-rakan artis ni dikatakan tidak betul, dari segi nahu bahasa arab,masalahnya betul ke sebutan kau?Lainlah kau dulu sekelas dengan Imah kat sekolah arab?Ni kelas agama pun kau ponteng kes nak gi tangok Maerro Attack



sambil dok berangan jadi CUN


Jadi bila kita cakap sikit je dia mulah..."bukan cam tuh nok, gini bunyi nya" padahal idgham pun tak kena, sebutan huruf khor pun bunyi melayu, lagilah mau tegur orang.

Eh ngkau? Orang yang dah lama duk sini pun takda nak speeling check, kita yang baru setahun kuar Malaysia dah over ni**ops**. Tu pun destination tak habis cover lagi..

Beberapa bulan kemudian,

si artis ni pun berchenta lah dengan seorang rakyat tempatan. Bukan main ni canang satu semenanjung Gaza, rejim zionis tak rejim zionis pun tahu dia berchenta, lambat jumpa orang sikit je kompang seluruh alam, kalah OIC. Sebab asal juma orang je.."hubby mak, hubby mak...hubby...habibi". Orang yang dah 14tahun bersama tu pun RILEKs je....ni takda ni, hazab boleh nak orang tahu.


Bahagia tak mak noks?
"Biasalah nyah, hubby mak tuh nak makan junk food"**sambil borong junk food dari US flight = Speedo!!** Sib baik tak speedo supplement, kan crisiskan?**chabot*.

OMG tolonglah kau pondan, jangan gedik sangat geli lah. Lainlah kau tu riang tirana, ni kaedahnya dah nak senja pung**matilahaku lagi clue dekat giler**.

Rakan-rakan artis yang lain sebenarnya paham, artis baru nak naik satu, pastu majalh pun banyak cover story pasal dia, jadi kembang sikitlah bont yang dah terserlah kemb tuh.Dah kau berchenta, maka bila rakan artis lain buat party tupperware tak jemputlah si artis baru yang sekarang menang award Artis Over ni, ye lah nak gi mana-mana pun kene mintak izin suami katanya~ dia bagitahu kat orang.



Kau ni kenapa? Baru merasa keluar kampung ke? Lainlah mak ni yang sememangnya ori dari kampung.


Bila mula terasa dipulaukan, mulalah buat Self Explanation kononya dia busy sangat sampai takda masa nak bersocial dengan kawan-kawan lain, padahal orang lain tak kisah pun. Ajak pun kes bagi award kesian je. Meluat pun telan je lah kan, sambil senyum....betapa kuatnya tupperware rakan artis semua ni.

Dijadikan cerita sebelum artis ni balik beraya dikampung baru-baru ni, sambil mention dia kene mintak restu 'hubby' dia dulu

Hello,nanti kau nak kene mintak izin laki kau dulu ke bila nak jawab soalan mungkar nangkir?**ops**.

si Over ni dikatakan berdebat dengan Ratu Elbi**sebab adik-adik kan over asyik nak brand tuhh jer**, pasal taste janz. Over taste humus, Elbi plak taste cheese, reporter taste plak apa?**matilahaku**

Jadi bila masing-masing kuar pendapat tentang taste masing-masing, dapat tak dibayangkan camana topik panas Wanita Hari Ini sebab masing-masing nak naik carta? Saya, Normalas sebagai wartawan merangkap pengacara WHI ni pun letih nak baiki fringe**ribut sampai rambut pelesu aku pun senget benget uols**




Over telah mengata yang cheese busuk**kau tak pernah jumpa lagi cheese wangi, meh mak tunjuk~pitam**, sambil dok agong-agongkan Humus dia. Si Elbi dengan selamber menlazer sambil berlapik yang humus pun busuk, just because dia tak suka. Adik-adikkan suka DRAMA!.

si Over terSENTAP!! Sambil dok muncung-muncung cakap kalau Humus busuk,maknanya "HUBBY" dia pun BUSUK jugaklah kan???Kau ada?.

Ohhhhhhhhhhhhhh tolong lah? Apa kene mengena statement subjektif dengan laki kau?? Over tak pondan ni?

Kesimpulanya, tak perlulah nak gedik sampai siap mengaku kerakyatan lain, walaupun cam pinot noir je, tetap beranganz negara dia kerja, tanah tumpah air katanya. Pantang orang kutuk sikit je negara ni, terus marah. Negara sendiri kene apa-apa buat tak kisah pun.


Tengok mak dengan makhayam, tak jeles pun dengan pempuan seksi sebelah tu, sebab dalam abaya, kitaorang pakai lingerie Victoria Secret lagi.Korang je tak tahu.

Teladannya? Adik-adik silalah tak payah OVER. Matilahaku kalau dia baca entry ni

Posted at 10/1/2009 3:57:39 am by captainlukman
(3) Emergency Calls  




Tuesday, September 29, 2009
Latest note

Ada orang cakap saya sekarang lebih suka membawa diri, tak bergaul dan friendly cam dulu. Ya, diakui pun,memang lebih selesa dengan diriku selain kawan-kawan jauh dimata. Yelah, adik beradik sendiri pun busy denga kerja dan life masing-masing, so perlulah kita mengorak langkah kemana-mana dengan kawan-kawan yang lain,nak tunggu korang akibatnya melangutlah kat Doha sorang-sorangkan??**ops**. Bukan ada adik beradik lain sebenarnya tapi korang sendiri pun menghilang, takkan lah nak mak tunggu plak.


Bukan jugak nak sombong dari berkumpul, tapi dari dok dengar orang cakap pasal 'hubby' dia aje 24jam kes excited sangat ber BF arab**standard ah adik-adik kalau bercinta,kalau boleh orang tak tanya pun dia nak citer semua citer dalam kain, as if dia sorang je lah dalam dunia ni bercinta sambil tergedik-gedik tak kene umur**. Dah-dah lah, tengok sikit umur tuh berapa kalau nak melonjat pun. Orang lain yang bercinta every 3days off panjat gunung pun tak kecoh cam kita yang depan mata tuh kan? Tak cakap je, tapi sebenarnya menyampah**matilah larik tajuk**.

Berdasarkan apa yang berlaku dulu tuh, baiklah kita berdiam diri je tanpa perlu buat self-explaination sampai menggangu hidup orang lain, tak kurang kawan pun kalau bawak diri, lainlah kalau kita tu jenis takda kawan pastu sibuk nak berkawan-kawan kononya lepas tuh bergaduh. Kepada yang sudi jemput saya beraya dirumah di Doha, maaflah bukan saya tak nak dan tak sudi, kalau boleh nak aje pergi nak-nak lagi kalau ada makanan yang best-best tapi hidup sekarang perlu berhati-hati agar tidak terulang lagi perkara lalu,tak nak lah pasal orang lain, kita plak dapat nama.

Anyway Diva parits, sapa yang buat tart nenas terbalik? Uols kah? Atleast pandailah jugak buat tart nenas dari suruh orang buat or order je kan cam aku ni.

Sempena raya baru-baru ni, ada orang tuh tetap tak puas hati walaupun kita dah hulur tangan dulu, kisah 2 tahun dulu pun dok diungkit lagi tak habis-habis. Sampai bila pun tataw, sampai mati ke? Ya kita yang muda ni, kalau boleh hulur lah tangan dulu, tapi kalau tak nak disambut camana? Tu hak masing-masing lah, tapi tak perlu lah jauh pun tetap nak smesh orang lite-lite. Kias-kias atas angin tanpa tujuan sebenarnya nak apa, meraih simpati ke atau nak jadi konon diri tuh victim. Bila kita cakap berdasarkan perkara yang dia selalu sebut,dikata kita ni tak memahami, buruk sangka, kurang ajar.Camana nak memahami kalau orang sms elok-elok dengan niat nak bermaafan tapi kita sambut dengan sindiran-sindiran alik-alik jadi gaduh**sambil makan McD kat mansion orang tuh**. Nak harapkan aku ni nak jadi baik, takda maknanya, ni kalau Adela tahu ni mesti dia suruh aku berdiam diri. Sebenarnya dia jugak yang mulakan dulu dengan membuat statment double meaning, yang boleh menjuruskan keada kita ni nampak jahat.

We never spoke about that since its humilate both of us, tapi tak perlulah nak diungkit dan tak habis-habis nak cari kesalahan orang. Asyik orang je bersalah, orang tuh, orang ni, lepas ni sapa plak? Diri sendiri tak tengok? Menyalahkan orang lain tidak membawa apa-apa pun, sebab we move on. I know that, it will never be the same again and no matter how many times, we politely invite you, as you loved to show your ego by giving reasons. Fair enough, orang tak sudi, buat apa lagi kita buat baik kan?

Ni takda kena-mengena dengan orang-orang yang melakukan suruhan agama, tapi tak perlu sikit-sikit nak guna nama agama, konon kuat amalan segala tapi hati keras cam batu, so berguna ke sembahyang tunggang tunggik-tunggang tunggik sampai hitam kat dahi tapi antara kita masih lagi muka ketat sampai tak nak tengok muka ni. Orang yang pernah dikatakan berperangai buruk tuh pun masih lagi sudi keluar kenyataan balas, nak banding dengan kita yang mulut berzikir.

Tu lah, tanah arab ni panas tahu, tak payah tunggu sampai ke mekah sana, kat sini pun kita kene CASH je, dari komplot dok pulaukan orang, tak lama kita plak yang kene pulau,siap bertubi-tubi lagi walaupun masih lagi sibuk mencari simpati dalam diam. Dalam dok sibuk kata ke orang, kita tuh yang sebenarnya dok menambah jumlah kawan, mesra nampak? Ni lah masalahnya takda orang nak layan kita, sebab kita sendirikan? Sambil sikit-sikit sebut bodyguard dia, cam orang kisah jer...

Eh aku yang dok mengata ke orang kat sini ni, tak kene balasan lagi ke?

Posted at 9/29/2009 1:52:10 am by captainlukman
(1) Emergency Calls  




Wednesday, September 23, 2009
Indahnya beraya dirantau...

Dua hari sebelum hari raya, saya dah ke tanah Inggeris, sempat saya singgah di Mansion kawan sayu tuh, hamboi katil otoman dia sangatlah empuk nak je aku sambung tido, tapi apakan daya dihari saya sampai malamnya dia nak balik ke mesia.

Disebabkan takda masa nak sayu-sayu, saya terus ke town sebab ada date dengan Olivia Newton John (ONJ). Kelas nama kau nyah, walaupun kau austrian tapi kening kau kalau akak ziana zaing tengok, nescaya makan hati. ONJ was my ahli mesyuarat tingkap and good friend back in Doha, looking at him now with new tittle as a purser at syarikat topi biru sungguhlah membanggakan.

Since its already a year we didnt meet up except in a pesbook, a night wouldnt be enough for us to share our juicy goss abt syarikatkan? Ye lah, topi biru lawan kambing gurun, sapa lebih vast. As he's convinced me to join him with all the benefit,im sure i will not leave my siblings there for easy.

Yelah we built up our relationship and repo from scratch. To leave something, what we have now its not easy...should i say my really comfort zone? Since, we loved 'cucuk langit' back then, he brought me to area-no-need-mention. Orang sepatutnya malam-malam terakhir dipenuhi dengan amalan, ni kita dok terkinja-kinja tak hengat dunia. Patutlah kau tak nak balik rayakan tahun ni??? **Sesat sangat!!**. Nak mengurangkan guilty preasure, kami dok bergaloks sampai pagi. Danke ONJ , lengkali kita jumpa lagi sambil makan belacan berdesit-desit pedas kat restorant melayu.

Jadi bila saya kembali semula ke sini dipagi hari raya,tatkala korang sibuk dok solat sunat Aidilfitri, lepas tuh dok heboh dalam pesbok makan tuh lah, makan ni lah, macam-macam lagi lah makan. Aku tengah dok berperang atas langit ni sebelum touchdown. Ye lah, 1st class penuh dengan sheikh yang sopan-sopan, tak nak makan apa sangat paling kureng pun minum air je, comfort yang penting.

Tapi yang sialnya, ni cikai-cikai mana ntah yang iringi orang-orang kenamaan ni yang lebih dari kuah. Boss takdalah demand mana, anak-anak buah kalau boleh perangai cam gampang berlagak padahal tolong ANGKAT BEG je!!!**ops**.

Human behaviour is always love to be observed.

Kemudiannya, saya dengan semangat konon nak gi Malaysian Hall, walaupun saya tak nak pakai baju melayu, jakun lah aku sekor-sekor naik tube dengan samping bagaikan?Lainlah ada geng best gak. Tapi sudahnya sebab saya tak bernapas atas tadi, saya terus ambik keputusan nak tido lite-lite kononya 3jam je. Tapi haram 5jam lebih aku membuta. So ada ke lagi satay dan segala makanan yang terhidang di MSD tuh??

Harapan ku untuk ke rumah Datin Munah jua hancur berderai akibat perbuatan yang sama, takpa Datin, next time. Nak sangat saya gi tengok rumah awak, mustik cantik cam Mansion kawan saya tuh. Eh bangga taw, kawan ada mansion kat London dan juga Palace kat Paris...saya ni rumah subsidi syarikat je**matilahaku**.

Jadi disebabkan dah terlewat dari schedulle, orang lain dok sibuk bersms celaka sambil dok bagitaw buat tuh buat ni di pagi nan-mulia, aku kuar jalan-jalan ambik angin je lah di tepi sungai Thames tuh. Dah takda apa nak buatkan, summer sale pun katanya dah habis,orang tuh sempat sambar apa yang patut demi diri sendiri. Bila makhayam tahu trus ni smesh aku cakap " kau apa lagi yang takda?'....ye lah, aku kene lah beli sendiri sebab takda orang nak tolong bagikan hadiah sempena birthday or anniversary. Tul tak??.

Sudahnya, saya tidak melakukan apa-apa selain duduk buang masa, sambil makan Nandos ...lain macam sedap je Nandos ni, sebab sejuk ke kat luar? Atau sebab aku lapar campur sedih campur haru.

Nak tahu, makhayam bila ditanya buat apa hari raya, dia bantai tido,masak, makan, chatting dengan bini dan tak kuar-kuar langsung. Mak datuk, lagi lah haru kan? Takpalah, kami mengambil konsep kesederhanaan sambil mengingati manusia-manusia diluar sana yang mungkin tidak beraya langsung....atleast bersykurlah jugak kami ni.

Sekiranya kawan-kawan yang sakan beraya tak hengat tuh makan sambil show off, ingatlah aku sikit pun tak JELEOUS ok, semangat lagi nak gi keje**meraounggg**

Posted at 9/23/2009 1:48:00 am by captainlukman
(2) Emergency Calls  




Next Page




" I'm blogging mylife just to release my tension about my hectic previous job and to keep me on track to be a Pilot. So that i can see how hard i can realised my dream. But it turns to be a live diary to show my journey. Its precious when i can starring back at my life before, so i know where i come from......... ".






Sky Creepers Shout Box



   





<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



Songs while you read


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com



DOHA time......




Hijackers




Flight Deck Crew

Akak Fiebe
Akak Ogy Ahmad Daud
Aznil Hj. Nawawi
DBI
Diva Dapur Brussels
Diva Parits
Hjh Esah
ImahFM
Izuan Samuelicious
Kak Ask (Fotopages)
Kak Hajah
Lee UK
Lestroissundelz
Saloma










You Are a Life Blogger!
Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible. You're a bit ... unusual. And so is your blog. You're impulsive, and you'll often post the first thing that pops in your head. Completely uncensored, you blog tends to shock... even though that's not your intent. You tend to change your blog often, experimenting with new designs and content.



Translation







Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed