Ada nampak pic 'Lala' tak dalam entry lepas? Ada kan? Haaa kalau korang berselera pergilah cari dikedai berdekatan dan bungkes je, nak dibandingkan dengan saya yang kene tapau jauh, pastu bersilat pulak. Selaras dengan pertama kalinya masak lala, dengan riak takbur, capt pun gi lah havoc kat pesbok, saje gatal jari nak menunjuk. Walaupun tahu padah dan jawapan dari penduduk setempat.
Ada orang sentap ok kes tak ajak dia makan?
Mungkin dia rasa dia penting sebab tuh kene ajak pasal dia bekerja di tempat penting. Maka orang kene lah ajak dia. Alah kasilah can kat orang lain plak, asyik you je kan, dengar citer you rajin gi makan rumah sorang tuh alah dekat dengan Wall Mart tuh, tapi kami yang tahu ni takdalah plak nak sentap bagaikan?
Apa yang nak disentapnya kalau baru je balik leave kat kl sana sebulan, pastu dok havoc makan tuh makan ni. Tengok kawan-kawan saya yang balik Mesia tuh, gigih ambik gambar makanan untuk tatapan kawan-kawan yang tak dapat merasa, tapi non-adolah kami ni nak sentap pun, terliur je tapi takdalah sampai tak leh tido kan lili kan walaupun memang bara jugaklah kan tengok sedapnya makanan yang dia makan.
Makhayam pernah tanya kenapa saya menghentikan majlis makan-makan yang selalu dibuat dulu, dah kurangkan aktiviti mengajak orang makan dirumah, bukan kurang memang takda langsung, kalau ada pun hanyalah orang-orang tertentu saja atau lebih senang adik beradik doha. Ini adalah berkaitan dengan penduduk setempat jugak yang membuatkan capt tak lalu nak ajak sesapa, antara sebab-sebabnya ialah:
1) Kalau ajak sorang, nak kene ajak semua group dia, sebab nanti takut yang lain sentap tahu dia makan sorang-sorang je. (Kat doha ni, rakyat kita kuat bergroup).
2) Ada orang ni tak sebulu dengan orang tuh, maka orang ni tak nak datang kalau orang tuh ada.
3) Mengundang ramainya penduduk setempat,maka mengundang jugaklah percakapan-percakapan yang akhirnya nanti kene jugak kat tuan rumah. Ye lah uols, mak ni kan mulut jahat yang suka memburukan orang kat belakang**matilah DAMAGE is DONE!!!**
4) Secara rasminya saya menjadi tukang masak atau rumah saya jadi canteen bila time dia lapar ( as if aku ni bini dia).
Disebabkan faktor-faktor diatas dan juga tidak mahu mengundang BALA-krishnan lagi. Ye lah kan, karang kita berbaik-baik dengan orang bagai, alik-alik kita plak yang kene cakap jahat. Maka saya menutup pintu rumah saya dengan penuh bahagianya. Walaupun ada spekulasi-spekulasi liar mengatakan saya sombong, tidak mahu bersocial, kekwat sebab senior crew (perlulahkan???) serta sibuk dengan NEMO ( nemo ialah sepisis hanak hekan laut mati yang sangat comel tapi liar), tapi sebenarnya saya amat penat mahu berkommitment dengan orang sekeliling yang dah tua bangka pun asyik nak sentap aje kerjanya, biarlah saya maintain mana yang ada...sejemput pun sejemputlah asalkan orang nya betul-betul, muka ketat takpa, kene smesh terang-terang pun takpa kan uosl kan??
Dah you suka sangat bab makan, maka dengan itteewww akan ku kompang lagi pasal makanan. Mrasa!
p/s: Dalam pada komuniti kita yang kecik ni, ada orang masih lagi dengan sikap jenis kalau nak mintak tolong, mesti ada habuan. Tanpa segan silu plak tuh mintak sambil hints-hints, tapi kalau dengan bangsa lain, bukan main sengih ni sampai ke telinga cakap lemah lembut,sambil siap mention apa orang lain bagi bila ditolongnya, tapi kalau dengan bangsa sendiri, jangan kata nak senyum, menyeringai takut orang mintak tolong. Tu baru nak tanya, bukan nak mintak tolong pun. Masalahnya boleh tolong ke?
Posted at 10/20/2009 1:45:03 am by captainlukman
 |  |  |
captlukman October 24, 2009 01:09 AM PDT
Ayie>Tu ah kan, tak pasal En.BALA naik stage...hahah
Lee> tetaplahkan??? keju cheese bagai....:P
DBI> " i tak makan Oyster**larikkkkkkkk**
Krisye_n>Sengs for tambah, knowing is ok kan...uols kan??? |
 |

 |  |  |
kisye_n October 23, 2009 11:01 AM PDT
kena tambah no.5:
tukang kemas segala2 after sudah penat bersilat memasak.... |
 |

 |  |  |
dbi October 23, 2009 02:04 AM PDT
i pun tk hadap lala tu sebb i mkn oyster jer..hihihi
apa kelas mkn lala kan.... lalalalalala |
 |

 |  |  |
Cleeopatah October 21, 2009 04:19 PM PDT
Mak taks entap pon ...tengok je gambar kuey teow, roti canai, kari itu kari ini...tak jelehh ponggg.. sebab mak makan sendwich, keju dan spaghetti, bleyy??? **sambil cicoh spaghetti dengan budu :P |
 |

 |  |  |
AyieGemorks October 21, 2009 04:27 AM PDT
ha ha ha ha.. adoi laa.. sian bala-krishnan. tersedak meruku orang tuh tuh.
anyway, selamat masak masak dan makan makan. ingatlah daku dalam suapan mu.. ~lap hengos. |
 |