 |
|
Monday, January 23, 2012
Kembali ke sekolah tanah. Dengan ramainyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa _____*taknak sebut* tapi saya pose² sombong skit. Pandai ke kau nak buat sombong?? Boleh la kot, dah lama muka bitchy mak enon tak keluar kan? Dan saya di sekolah tanah, saya masuk sim. Alah yang macam main game tu, game terbang katanya. Duduk dalam tu boleh memeningkan kepala kejap, lepas dah tunggang terbalik ok je. Terbang virtual kali ni kira macam persediaan sebelum terbang twin engine yang real. Maka banyak la cikgu saya bagi emergency, tak sempat take off lagi dah lampu tu nyala, lampu ni nyala. Tak pun baru take off, dah kena turun balik.
It was fun! tapi kalau fly tak elok lagi 'fun' suara cikgu kau kat belakang.
Anyhow baru seminggu masuk jugak, saya kena melaporkan diri balik ke rumah agam. Sebab YTM Tuanku Permaisuri Sofea nak ajak gi berderat*jalan2* ke kuantan. Katanya ada nak check kesihatan darah paras gula dan yang sewaktu dengannya, serta sebagai pemandu yang berkaliber, maka tanpa fikir panjang saya balik.
Sebenarnya tak nak balik, sebab nak bergalok dengan kawan² kat kaybi. Tapi tu lah, time kawan² ada ramai ni lah titah keluar. So baik kau ikut titah....dalam hati ni malas ni*jahat sungguh aku ni kan?*.
Maka esok riuh lah rumah agam sebab permaisuri kalau boleh nak gerak awal...ada appointment kan? Tapi kalau dah libat anak², maka tak cepatlah kan? Sebab bangun tu satu hal malas, nak mandi subuh spei kat rumah di hujung minggu ada lah suatu perkara yang tak seronok. Maka petir² muncul bertubi². Nak plak semua jenis dah bangun pastu tido balik, kecuali Barbarra sebab Ultrameng taro bangun awal, dia pun bangun awal la kan? Roberto plak kena paksa suruh mandi dulu, sebab dia paling lama kalau dalam bilik air. Aku tak tahu lah spesis apa mandi lama². Nak kata ada bath tub, shower je? Ke kau_______*skodeng*. Ni lah terlalu banyak bergaul dengan budak².
Alhamdulillah sampai lah kami satu kapal ni ke kuantennn, bergegas ni nak hantar Sofea ke pusat kesihatann. Tapi kan tetiba pokcik MUSHKIL la Norsiah... sangat mushkil. Sebab satu pusat kesihatan tu berada di satu Mall besar di kuenten. Ermmm tak logik kan? Ishhh tak baik buruk sangka kat mak sendiri. Lagi pun Ernesto ikut, takkan la tak check jugak kan?.
Saya dengan Barbarra dan yang lain masuk mall tu lambat sikit sebab nak parking kereta dulu. Lagi pun Ultrameng tu kena bawak stroller lah, beg susu la pampers la. Macam ni rupanya kalau ada anak*ops*. Kitaorang pun berjimba lah adik beradik, walaupun hakikatnya aku yang jadi nanny. Si perempuan tu kemain shopping sebab laki dia tak ikut sekali. Katanya " ohhh sungguh bahagia hari ni, tiada menteri kewangan nak menyekat aku nak shoppping" . Walaupun dia lah tukang kutip cukai tak hengat punya.
Lama lah jugak menunggu, ye lah orang check kesihatan tak kan cepatkan. Tapi kan, kemushiklan ku bertambah² sebab dah habis satu mall tu aku round sambil bawak si ultameng jalan², haram tak nampak pun pusat kesihatan? yang ada pusat keshantekan adeler? Boutique pun banyak? Takkan check kesihatan dalam boutique kan?.
Kemushkilan berlipat ganda setelah diketahui Ernesto berada di kedai buku. Bapak aku tu, kalau gi mana² pun kalau dia hilang je, confirm akan jumpa dia kat kedai buku. Takda tempat lain dia melilau. Pastu cari je depat section sejarah,agama tak pun bahagian bahasa. Haaaa nanti jumpa lah dia duduk kat situ.
Habis tu diamana sofea berada? Takkan habikjiwa? Kedai kain gulatis?SSF? Ntah camana aku pusing je, nampak satu 'pusat kesihatan' ni. Hati ku membuak-buak mengatakan dia berada didalam sana. Aku pun suruh la Barbara jadi ejen nora jain, masuk buat² tanya kononnya Sofea dah buat treatment belum*sambil aku dan Roberto senyum simpul kat luar ni*
Nampak receptionist tu hangguk-hangguk kepalanya, dan Barbara bagi signal dari mata.
Tahu tak kat mana pusat kesihatan yang dikatakan nak buat check darah segala tu?
Ni dia
Ayooooooo adakah Hajah Sofea nak challenge Datin Hjh Ummi Aida? *aku nak pitam kejap ya!!!!*
Posted at 1/23/2012 3:11:19 pm by captainlukman
Crew compliments
Thursday, January 19, 2012
Urusan saya di kandang baru dah selesai, dah sekarang tengah bahagia menetap kembali di sangkar burung*ostel* di mana lagi kan? Serambi mekoh ler. Namun begitu peel saya tetap sama dan tak berubah, tak tahu lah bila nak berubah kan? Sebab ada orang cakap dah meningkat *ehem2* ni kena lah berubah sikit. Erm tak mboh!! Saya tetap nak remain peel budak² walaupun kalau berdiri sebaris dengan anak² burung yg lain ni memang dah jelas terang ternyata tanpa perlu selindung saya ni dah____*aiyooooo*.
Tapi kan, semalam masa tunggu kawan kat kedai kopi mana ntah, ada lah pokcik ni tanya, "adik ngaji mano?". Nak citer nampak sangat cam hebat, tak nak citer nampak sangat kau ni tak friendly. Maka saya pong kabo lah, saya blajor kat situ situ. Ohhhh sungguh beria pokcik ni tanya nak masuk situ SPM kena berapa A. Ermmmmm part ni yang lemah sebab kalau cakap grade, tahu lah dia aku ni baru je habis sekolah kan??. Takpa cakap je lah "sayo masuk paka grade abe". "Ohhh ingat demo baru habis spm, budok² loni napok besar blako?" Flower-flower love kejap aku bila orang puji!!*dalam hati*
Ok habis iklan
Tapi kan bila saya jejak je sangkar burung yang saya ditempatkan ni, tak sampai sesaat mata aku rasa sakit, angin kus-kus menjelma, charlie bravo turut serta mengundang ribut petir yang akan bakal disertai dengan kilat petir.Tak faham takpa.
Rumah ni ada pengor*ops*. faham tak? Jadi perangai saya yang OCD pasal kebersihan ni terus nak tahu siapakah gerangan bijak pandai yang makanan polestrine serta apa benda alah yang dia masak ditinggalkan sampai jadi Projek Sains Sek. Men!! Tak perlu bertanya, hanya observation sahaja sudah perlu. Oh lupa aku ni tinggal dengan senior tapi nasibla kan, aku paling tua umur*giler dah start ni*.
Ada sorang budak ni, sangat senyap dalam rumah. Baik je, senyum selalu, bahasakan diri dia saya dan memang kalau dia ada dalam bilik memang tak bunyi lah. Tapi kau, dia lah yang suka tinggal makanan tu.
Nak sound ketepek, tak sampai hati. Nak marah, bukan dia peduli pun. rasanya kutip je lah semua tu dah letak depan pintu bilik dia. Aci tak? Pastu kan yang sorang lagi plak dok hasut aku suruh sound direct je, ye lah suara aku paling kuat kan? Tapi saya dok gitu. Saya baik awok! Sangat berhemah dan memenuhi criteria Demam Muda.
knock-knock...ku ketuk pintunya.
Hai si polan, ni makanan si polan kan?
ya..makanan saya
Haaaaaaaaaaa bagus, ni mintak tolong buang dan kemas sikit ya. Berbau sangat...
Ok nanti saya kemas
Standard jawapan budak² iaitu NANTI. Nanti tu bermakna akan buat tapi mengambil masa yang agak lama,dan memerlukan penjelmaan kedua mahupun ketiga dari tukang kabor tadi. tak pun mingkin tak buat langsung dan jawapan ini lah yang ku nanti kan sebab, dah selalu dengar jawapan ni dari Roberto dan juga anak² burung batch aku tu.
Nanti?? Jangan lah nanti sampai TAHUN DEPAN ya...hehehe...tolong kemas ya.. tima kasih
Tu saja, nak gi melawat bilik junior kejap....
Posted at 1/19/2012 3:13:24 pm by captainlukman
Crew compliments
Wednesday, January 04, 2012
Daring mu daring ku jua..
Eh kenapa dalam pesbuk sekarang ni banyak betul imam muda dan ustazast tak terpilih yang banyak komen dan keluar fatwa secara suka hati. Baguslah mengingatkan satu sama lain, tapi kalau dok tengok pesbuk orang tu nak menghakimi seseorang itu berdasarkan pakaian dan pergaulan. Kau ni dah takda kerja ke? Unless la, kau add nak tengok life orang tu dan orang ni pastu comment...'oh socialnya kau sekarang?'
Kata salah sorang ustazast ni kenapa budak bijak pandai kebangaan negara ni jadi macam ni? Alah yang sekarang ni semua blog dok cover pasal citer dia kononya sudah berubah. Dulu lepas spm elok aje pakai tudung nya, sekarang rambut kaler maler bergambar seksi segala dijadikan bahan entry termasuk lah blog aku hari ni (tapi tak letak gambar ya). Dan betapa tak perlunya meletak gambar orang tu semata-mata nak tunjuk pada dunia yang kononya dia dah sesat. Adakah dengan itu, kononya dapat menunjukkan yang kita ni baik?
Erm yang tukang tegur (dalam fb la ni) rasanya lupa diri dia zaman sekolah dulu kot. Dimana pakai bra hitam, tak pakai simis*dah ada depan mata tengok je lah kan?* dengan tudung pendek menjadi trend 90'an tu, tak masuk lagi sinsing lengan baju kurung dengan kain pun senteng. Sejak jadi mak-mak orang ni, semua lah tak kena. Wahhhhh banyak sungguh komentar kau ya?Kenapalah sekarang baru kau sedar, walaupun dulu kau pernah membonceng motor boypreng kau tu tanpa rasa segan silu? Patutnya dulu lagi lah sedar itu muncul, sekarang ni bagus jugaklah tapi bila nak comment tu ingatlah apa yang kita pernah buat dulu. Katanya yang tukang sampuk lain, kononya budak ni kejutan budaya. Pelik sungguh, nak kejutan budaya tak perlu pun nak study kat luar. Kat kehel tu berlambak yang lebih dari terkejut lagi.
Masa saya ni keluar dari kampung dulu*sedor pun diri kan-sedey*, ada orang siap bet yang tak sampai 3 bulan aku ni transform terus akibat budaya. Sib baik jugak diaorang tak kata capt ni akan jadi ya-a-aw tepi jalan, kalau tak aku sumpah anak diaorang jadi cam tu karang. Tapi yang nampak terlebih terkejutnya budak yang dok ngata kat aku tu. Jadi tak semestinya yang datang dari kampung tak pun dari bandar kecil je yang terkejut-kejut ni.
Ye lah sebagai yang sentiasa berjiwa muda, naluri nak mencuba semua benda ni hanya hadir masa umur tengah nak meningkat. Dah sampai tahap tepu, jangan kata nak buat. Nak terkinja-kinja pun malu. Jadi kalau budak tu nak dikatakan bergaya masa ni je lah, kau sekat awal-awal nanti dah tua nak buat karang nampak sangat buang tebiat. Betul la, kalau benda yang haram tak boleh dihalalkan kan? Tapi saya percaya pada orang yang ingin merasa dan sampai masa tetap back to square one. Tak perlu lah kita nak kutuk kaw-kaw seolah-olah kita ni dilahirkan bebas dari sebarang dosa. Dok kata orang tu kejutan budaya, kepintaran membawa kemungkaran, mana kau tahu dia buat onar kat belakang? Just hanya berposing kau boleh tahu apa orang tu buat?
Habis tu yang kau sembahyang tu ingat dah cukup syarat kah? Kalau tanya soalan Qafa balik ntah-ntah kelaut kau menjawab.
Ni tak cakap kat orang lain, orang ni pun pernah jugak nak buat tu buat ni. Mrasa tu mrasa ni,yang dilarang tu lah makin nak dibuat. Jadi dari dok kutuk kaw-kaw punya, lebih afdal lah nasihat dan tegur dengan baik. Ni asal nampak orang seksi ke rambut karat ke pakai skirt ke asyik nak tegur pasal auratla, tak kenal agama la. Habis kita yang elok menutup aurat tapi mulut macam _______*isi sendiri lah* tu elok ke jenis nya? Senang untuk kita menghukum dan mengadili orang, tapi kalau kena kat batang idung kita sendiri, ha kau bertempek terduduk kat situ. eh baik2 kena kat anak kau nanti, mrasalah...
Tu lah pentingnya pesbuk tu terdiri dari orang yang dikenali sahaja. Kalau lah rasa gambar tu sexsa dan boleh terima segala mala atuk nenek kutukan*sebab kau feeling artis kan?*. Hah sila post untuk public. Kalau tak, sila choose kawan antara kawan yang boleh terima kau punya sexsaness. Sebab kadang kita ni ingat yang sedia ada ni ok, tapi dalam ok camana lah pic kita boleh tersebar keluar.
Ermm ada antaranya takut jugak kot-kot la orang guna pic yang sakan kita dok post kat sini untuk tujuan memalukan tak pun saja nak kena kan orang. Tapi saya percaya, kalau kita ni waima sebesar hama pun niat jahat, tuhan tak tunggu lama sekarang dalam pembayaran. Cash saja dia kasi, kalau nasib baik on the spot terus dapat.
Jadi kalau la nampak orang tu kononya tak sealim mahu pun tinggi agama macam kita ni serta sexsa sana sini, sila lah berdoa dalam hati agar kita (awal-awal skali) diberi hidayah dan jaga pertuturan sebelum asyik nak mengata aje. Dan keduanya orang yang dikatakan sesat lah, sexsa la, terkejut budaya la diberi hidayah sama. Tak perlu nak hakimi seseorang tu, dok diam kunci je mulut.
Kalau tak sia-sia je dok beramal, mulut kalau ejen insurans tengok bibir pun dah tahu conpem tak leh cover punya!*nak gi lipat sejadah kejap na*
Posted at 1/4/2012 4:33:43 am by captainlukman
Crew compliments
Saturday, December 31, 2011
Dah 7 bulan saya kat kandang baru, pejam celik pejam celik semalam dah habis latihan kat sini. Maka lepas ni akan kembali ke kandang utama dan lepas tu insyallah ke kandang yang lagi satu, alah yang dekat dengan Semut tinggal*semangat je kan?*.
Syukur sebenarnya sebab dalam mulut dok bok bek bok bek cakap kalau boleh nak habiskan sebelum tahun baru. Dengan hujan non-stop ribut segala tak lupa angin kus-kus yang kuat, semalam test dengan siapa lagi kalau bukan cikgu ku tersayam iaitu C4 akhirnya complete semua exercise kat sini. Macam biasa nak harungi C4 ni bukan senang ok. Sometime nak jugak tanya kenapa lah kau garang sangat?. Tapi ingat garang tu penting sebab flying is all about risk, either your life or others. So kalau nak main-main, silalah naik kapal terbang yang letak 50sen tu.
Pressure had been build up since last week, dalam bulan ni saja ada 3 test dah dilalui. Satu dengan C18 untuk nav dan dua lagi dengan C4. Ni semua depends bila dah habis suatu exercise tu maka ada lah testnya. Senak perut, tak boleh tido, berak tak lawas sampai mimpi pun muka dia keluar tak terkata. Every hour tidur ku asyik terjaga dek takut terbangun lambat. Checklist usah dikenang semua kena ujung jari. Persiapan dah, manual dah belek sampai naik lemau, tapi tetap kena cari ruang mana lagi yang kosong. Karang kena shoot tak pasal kau tak boleh buat test. Sampaikan otak ni rasa nak meletup sebab dah tak sabar nak tunjuk betapa skillfullnya aku dalam handling each and every exercise. Tapi dah nama student kan? Mampu ke kau lawan cikgu kau yang dah beribu-ribu lemon hoursnya tu.
Dengan kapal kecik ni lah, saya belajar terbang dari tak tahu apa², bodoh bengap, call ntah kemana, heading and height macam roller coster sampai boleh terbang sendiri. And all of these is not within a week to learn, after a few months, challenge and maki hamun. Milloins thanks to all cikgu kat kandang baru, without their patient and determination, i will not know how to fly. Kata C32, he was my cikgu who trained me from zero until i get my ppl license seperti tak percaya bila dok ingat balik betapa takutnya aku nak land masa mula² terbang dulu. Opss sungguh kau, memang aku takut nak land dulu pun. There was a time, when the flight is not as smooth as it was, pastu kena torture lagi, dimalu kan dan segalanya terus rasa tak layak ambik course ni. When this thing happen, think back what you really want to do, if this is what you choose....then strike for it, no matter what happen. Poyo je kan, tapi bila dah overpressure mula la meroyan*ops*. Yup i'm not graduate nor finish my course yet, but finishing single engine is like end of the 1st phase of your flying training. This is where you entitled cpl.
Nampak gaya saya akan tinggalkan lagi Sofea dan Ernesto (macam lah aku selalu balik rumah pun kan?), terima kasih diatas doa dan restu mereka berdua. Kalu dok, dok jadi lah saya seperti hari ni.
Kenapa muka aku nampak ayu je time ni?Nav Test
Cantik tak lukisan aku? Ni kalau cikgu lukisan zaman sekolah tengok ni, confirm nangis kau-if test
yang bulat pusing, naik tangga turun tangga tu lah exercise untuk test-gh test
Alhamdulillah i'm completed and Happy New Year 2012 to all of you
Posted at 12/31/2011 9:02:11 am by captainlukman
Crew compliments
Monday, December 19, 2011
Lately ni nak dengar ceramah tak perlu lagi tengok ceramah perdana kat tv1, kat pesbuk pun berlambak boleh dengar dan tengok. Katanya salah sorang tu ustaz yang pemes kat sini, yang sokmo keluar dalam pesbuk. Tapi saya takdok lah nak dengar pun sebab ada saja yang tak kena. Baguslah ramai yang suka ceramahnya sebab kelakor, memang kelakor pun tapi kalau semua benda dalam pesbuk tu boleh dikatakan salah, kenapa kau ada pesbuk jugak? Motif? Maka segala observation dari luaran mahupun dalaman termasuk sekeliling akan keluar lah dari mulut dia. Peringatan itu bagus especially untuk orang yang lalai, tapi kalau semua benda sampai salah apa lagi yang boleh kita buat?. Salah-salah pun dalam ceramah tetap mengata kat orang kan?
Dan salah sorang ustaz to be ialah kazen saya, tak tahu lah kewarakan dia tahap mana. Cukup bagus kalau dia menimba ilmu agama dari aku yang ntah kemana-mana ni kan? Tapi tak perlu lah sampai kes perempuan tukar status 'in relationship' mengambarkan yang perempuan itu seolah-olah membagitahu dunia yang dia telah hilang sifat malu dan segan kerana tukar status tu mampu memberitahu pada umum yang dia seolah-olah bergomol, gelumang dan bercouple dengan kekasihnya. Ni semua as if, boleh mengisthiharkan kita buat maksiat sampai boleh menimbulkan fitnah.
Rasanya takda orang pun fikir sampai tahap itu skali, lain lah kalau yang nak tabur fitnah. "In relationship' tu saja terang lagi bersuluh menunjukkan kau sudah berpunya, lain lah kalau letak... currently make love with kekasih. Siap sedia lah telinga dan mata sebab kencaman akan datang menjelma-jelma. So bila masa status tu boleh jadi fitnah? Nak jadi fitnah tak perlu nak tukar status, kau keluar dating dengan gf, naik kereta berdua, gi tengok wayang, tak pun jalan-jalan lebih dari mampu nak jadi fitnah.
Fitnah tak tunggu pada pesbuk atau pun tukar status kalau nak jadi. Jadi dari syak wasangka buruk kita. Keluar dari mulut tanpa mengetahui cerita sebenar dah jadi fitnah. Dan don't slammed to the girl, be fair, lelaki pun tukar status jugak, nak slam make sure it's fair to both. Kalau lah perempuan saja yang mampu mengundang dosa, kita lelaki kenapa tak kawal sekali? Takkan lah perempuan cantik lalu depan kau tengok muka je kan? Paling² wangi pun kalau dengan geng laki mesti cakap pasal kopek dia jugak kan?
So tell me, orang yang bawak diri atau pun kita yang tak boleh kawal nafsu. Tak payah lah nak tipu, selagi nama lelaki takkan tak pernah nak tengok perempuan sampai boleh jadi tansparent. Walaupun orang tu berbaju, dengan darah mudanya mampu kawal nafsu? Yes dik, kawal yang itu dulu dari nak classified orang sebagai hilang rasa malu semata-mata tukar status.
Be it the same with pic, kalau perempuan tu letak gambar dia yang cantik. Kenapa kau tak menghayati keindahan ciptaan tuhan saja, kenapa kau mesti focus pada oh pakai baju ketat boleh mengongcangkan iman. Siapa suruh kau focus pada benda lain instead of tengok muka je. Kalau nak glance through tak perlu yang seksi, yang bertudung labuh pun kau mampu imagine something
Tell me if i'm wrong
Posted at 12/19/2011 10:45:51 am by captainlukman
Crew compliments
Friday, December 16, 2011
Budak² ni banyak barang2, iaitu berupa kotak2 sejak kitaorang jadi pelarian pindah ke kandang baru ni. Jadi mana tok nenek buku, baju, barang ntah hapa² sumer lah kena hangkut skali. Maka selepas arrange kasi elok, hasilnya adalah timbunan kotak² yang menggunung. Memandangkan semuanya dah diatur bawah tangga, antara yang terselitnya ialah bantal busuk sapa ntah*believe me ..it's from our senior* yang menjadi timbunan empuk.
Rumah tumpangan ni so far ramai yang suka datang, rasanya sebab TJ tu dia sedikit wakil UNESCO atau bapa keamanan persisi mandela. So budak2 ni suka lah dok bermanja dengan dia tak pun datang tanpa malu segan refer pada kami ni tentang flying. Ilmu katakan tak baik kedekut. Kalau kita cantik,orang tanya kena lah bagi rahsia tu jugak*takda kaitan lagi*.
Datang banyak visitor tu salah satu nya ialah mak kucing, takpa aku kasi nama Mak Banang*classic nasional sangatkan?*. MB ni tengah memboyot kali keberapa tak tahu, sebabnya suka betul gigit sampah yang kami letak kat luar, pastu yang kutip baliknya ialah.......maria clara*thanks*.
Satu hari yang tenang, dalam senyap sunyi tu tetibe kedengaran suara anak kucing. SAH!! MB beranak, sebab bunyinya sekejap je pastu senyap satu rumah cari tak jumpa. Alik² bawah tangga atas bantal busuk empuk.Ada empat ekor, 2 kaler hitam, dua lagi putih² coklat.
Aku ni kat rumah agam memang tak bela kucing, tapi takdalah benci. Cuma takut nak pegang, kena gigit ke. Yang berani pegang tengkuk kucing hanya sorang iaitu Ernesto. Jadi kalau ada kucing, aku akan halau elok² sebab takut. Takdalah sepak ke apa kan? Rasanya kucing pun tak berani nak masuk rumah agam apatah lagi lalu.
Jadi saya telah arahkan supaya anak² MB diletakkan didalam satu kotak khas siap dengan kain segala*aku yang buat ni* tanda nak senang nak letak luar. Tapi sorang pun budak2 yang suka kucing tu tak sampai hati nak letak luar. Takut kena makan, lagi pun mata tak buka lagi.
Fair, kita biarkan mereka membesar dulu. Tinggal lah MB dan anak2nya bawah tangga sambil aku dok warning kat MB supaya jangan berak mahu pun kencing serta korek sampah dapur kami. Kalau buat jugak, maka akan dihalau serta merta tanpa notis.
Sejak ada anak kucing tu, nak pegang takut mak dia gigit. Nak sentuh takut campur geli, sudahnya gosok la sikit² time mak dia takda. Ahah..budak² ni cakap ingatkan aku ni kijam atas perintah halau hari tu, rupanya tidak. Ye lah walaupun aku ni jahat kan tapi tak sampai hati dik.
MB sangat manja, selain dari dok mengiau cari makanan, dia akan keluar rumah untuk ukk-ukk tak pun shi-shi serta mencari makanan. Kitaorang ni bagi jugak makanan ikan keli ke, ayam ke tapi tak sentuh mana. Friskis kedai sebelah bila dibagi kemain ni habis kau makan. Ye lah anak² nak membesar, mana nak menetek lagi kan.
Dah 3-4minggu jugak MB menumpang rumah kami, dengan penuh kasih sayang budak2 ni dok jaga bagi makan. Satu pagi tu MB bergaduh dengan sekor kucing jantan, satu rumah bising kau. Pokcik kan sensitif kalau tido, dah bergaduh sakan aku keluar dan sepak kucing jantan tu tanpa belas kasihan. Esoknya MB bawak anak dia lari sembunyi bawah katil dalam laci salah sorang budak ni. Selamatla anak² MB kat situ.
Malangnya ntah camana, kami balik dengan penat lepas terbang, satu rumah bau hancing uols. Siapa lagi berani kenc kan kalau bukan dia je yang berani tidur sana sini. Nak tak nak terpaksa lah satu fam MB diusung dan diletak bilik laundry yang dikawal rapi oleh grill tapi terdedah sikit la. Hah esoknya dia angkut mana ntah anak dia sekor² bawak pergi rumah jiran.
Sebenarnya aku yang suruh letak belakang dekat laundry room tu..jadi aku lah yang punya angkara kan. Sudahnya bila satu fam MB hilang, malam tu pokcik TAK BOLEH TIDUR ya! Sampi ke mimpi aku kat anak² MB ni, ntah hidup ke, ntah kena telan dek kucing jantan ke, tak pun berkeliaran lari sambil dipenyek lori.
Now rasa menyesal, sebab letak MB diluar, kalau tak takdalah dia angkut anak dia kan? MB still datang rumah kami mengiau pasal makanan tapi sejak tu sampah kat luar rumah tak pun dalam dengan selamber dia selongkar gigit semua.
Sudahnya MB kau ku halau lagi*matilah jahat balik!!*
comel tak anak2 MB?
Posted at 12/16/2011 11:04:52 am by captainlukman
Crew compliments
Monday, December 12, 2011
I don't have so much time, with a few sortie left before mengadap C4 i managed to write something today. Ni pun ada special kes, kalau tak haram aku nak tulis kat sini. Last 7 months, major distance was from rumah tumpangan ke kandang, tu je ulang alik siang malam pagi petang. Kalau ada pun ke rumah agam, dan terminal tu je lah. Nak gi lepak² kat town jauh skali sebab balik dari kandang lebih baik rehat dan tidur dari merayap.
Dan minggu ni saja termasuklah hari ni mood C4 sangat baik, lepas test student ni dia ada datang tanya bila lagi test aku. Aku yang lukis board pun tak habis ni jawab² ala-ala shy-shy cat. Takut ter-overcondifent karang mampus aku kena bantai. Bak kata sorang lagi C ni, aku ni semangat giler menengokkan pada hasil tulus mulus dan begitu berseni board briefing aku. Yes walaupun test lambat lagi, aku dah siap board awal-awal senang anytime aku boleh test. Aku kan skima, so kena lah buat awal²*mampoo?*.
Tapikan dalam hangatan mentari minggu ni, ada lagi yang lebih hangat malah bahangnya terasa-rasa walaupun ceritanya tersebar ditempat lain. Masihkah kau ingat pada si AK. Alah budak ni yang bini dia serang aku dalam pesbuk kata aku sorok laki dia tu. Hah budak tu yang dah lama tak dengar citer, tak nampak batang hidung katanya busy dengan paper kat sekolah tanah alik-alik call aku nak dapatkan pengesahan.
Korang tahu tak pengesahan apa?
Tanya nya satu hostel dah heboh yang kononya aku berkongkekkan dengan dia. Eh shiyal punya budak??
Mula-mula rasa nak bagi penampor jepun, tapi bila difikirkan balik. Eh takda benda lain ke nak tuduh aku selain daripada main. Tahu lah aku ni bekas artis luar negara, tapi perlu ke guna glamour aku yang tinggal saki baki tu untuk melariskan penjualan album kau. Boleh tak kau panggil Joyah surat khabar ke suruh ulas apa yang patut tentang diri kau, baru lah up skit. Tak pun nanti aku arrange boleh buat shoot tepi kolam untuk mangga. Confirm kau laku*tu diaaaa berangan tak sadar diri ni*
Seperti yang aku jangka kan, citer² macam ni pasti berlaku walaupun kau buat hal sendiri. Tu lah pasalnya kenapa aku tak rapat dengan siapa selain dari anak2 burung aku sendiri. Ada junior ke, senior ke BY(jeous) ke XZ (hazab) ke, takda ku layan sedari dulu sebab dah tahu pasti ada yang memang suka buat onar.
Sebabnya dalam banyak-banyak manusia kat hostel tu, aku lah salah sorang yang amat sombong. Ni budak² ni lah yang cakap. Selain dari senyum dan hai-hai-bye-bye, selebihnya kalau selisih dan aku tak kenal orang tu, ada lah nod kepala tanda hai. Nak bermesra alam tu bukan aku. Lain la kalau kau kenal aku, then memang bernanah lah telinga kau dengar aku punya cakap. Yang pelik lagi, selama aku kat sana takda plak citer macam ni keluar, dah kat tempat lain baru ada hangin² shiyal macam ni.
Melawat semut pun dah jarang sebab dia yang datang sini, takkan lah rajin giler aku nak ke sana semata-mata nak main dengan kau kan? Buang karen je dik main kat hostel yang panas tu. Lagi lah nak main dengan korang yang tak tentu hala tu. Eh bukan ke korang pergi cari ayam kat Golok sana?*pekop molot*
Terutama dengan si AK, bila masalah plak aku jumpa kau? Setakat lepak air buah gelas besar tu, boleh aku cret sampai ke mulut kau ke? Panas kan? Kat luar tu mendung, tapi aku rasa nak tampar orang dengan tapak tangan aku yang besar ni
Anyhow, menurut sumber² yang tak lah berapa nak yakin ni. Dia hanya dengar cerita dan tanya pengesahan. Benda takda kenapa takut kan?. Lain lah kalau kau phobia tentang diri kau sendiri.
Aku: "Bai, aku tak rasa orang bercakap pasal aku, or maybe kau yang create story sebab kau sendiri phobia dengan diri kau. Kau nak cover tapi sayang, gobok kau tu dah nak runtuh. Tak payah guna aku sebab aku memang dah jadi hanger pun. The best thing is guna kan nama aku, to prove kan yang kau tu _______*no need mention*. That was so lame la.
AK:"Eh siyal je kan,mana ada?"
Aku:"Budak² sini takda apa masalah pun dengan aku. Yes next time cakap kat diaorang, kalau stakat underwear pun mak pak yang beli kan, jangan nak mengata orang"
Wahhh tak sangka aku ni masih fofuler**
Posted at 12/12/2011 2:22:49 pm by captainlukman
Crew compliments
Saturday, December 03, 2011
1)Alhamdulillah Sofia dan Ernesto dah selamat kembali ke tanah air, syukur tengok orang tua tu akhirnya dapat jugak peluang jadi tetamu Allah dalam mulut diaorang tak habis-habis cakap nak pergi nak pergi. Dan saya pun hepi sebab kuranglah sikit ulang alik dari rumah agam dan hostel terchenta itteww. Nak buat camana ada budak claim dia dah besar dan matured serta pandai jaga diri nak saya kena jaga, tapi bila masuk tido bertempek tepi aku. Katanya takut! Motif dah nak masuk 20 tahun pun berkepit tido dengan abang lagi? Jentik telur baru tahu...memang selalu kena jentik pun dengan aku*ops*.
2)Start minggu ni hujan lebat selebat-lebat alam*no complaint saya dah biasa dengan cuaca macam ni*, maka nav test saya postpone dan saya standby setiap hari. Mampu kau standby setiap hari dengan performance chart nak kena update based on weather. Maka nak cepat pun memang tak boleh sebab saya stuck nak terbang tak leh. Awan mendung keliling dan rendah...kalau pergi jugak ntah-ntah tak balik.
3)One of my C tetiba datang buat confession on the apron cerita pasal aweks nya. Dia dah kahwin*pekop molot* tapi scandal ada jugak kat sini*plaster mulut dengan simen*. Orangnya sama bintang dengan saya,perangai pun lebih kurang sama yakni kalau panas je nak meletop tak kira tempat.Dah meletop baru ok! Tapi yang lainnya saya tak share personel life and probs with someone that i'm not really know. Maklumla kalau bab gossip no 1 bai...kalah mak enon*tak pasal nama mak enon naik*. Tanya pada aku yang muda gilos dari dia ni pasal chenta dan kenapa aweks ni selalu complicated. Ermm should i share my experience sir?
4)One of junior saya ni ada penyakit yang sikit-sikit antara bercakap mesti ada bunyi "kheek...Kheek" alah macam nak buang kahak tu. Tak tahu apa masalah dia tapi kesian jugak lah kan sebab yang lain bantai gelak dan sound ketepek tak hengat dunia. Kita nak gelak sabor je la, kesian tak sampai hati tapi belakang kemain gelak tak hengat jugak kan. Berbekalkan semangat yang tinggi,datanglah budak ni ke rumah tumpangan kami dok bertanyakan macammana nak buat chart. Dalam process dok ajar ni, wah kau cakap tak nak kalah. Hajah Azwanita pun hilang hajah kalau dengar. Semuanya up...semuanya bagus...Raihan*puji-pujian*segala pasal diri tak hengat dunia ni. Dah banyak sangat kau punya 'khek..kheek" sambil dok cerita bagusnya dia. Aku pun dengan selamber tekan pen*ala-ala headcounter stewardess airasiah pakai tu* sampai dia tanya..."abang buat apa?" Aku count berapa kali kau punya noise effect. POMMMMMMMMMMMMM diam kau*nak gi minum airzamzam kejap cuci mulut*.
5) Saya bagitahu junior atau siapa saja yang tak kisah lah umur dia masa aku dah upsr dia baru lahir suruh panggil aku nama saja. No need abang-abang sebab perkataan itu saja membuatkan pokcik rasa tua. Yes makin terasa dan tak dapat disangkal lagi. Puas la aku ni dok cakap aku kau, suruh panggil nama...yang lekat tetap abang! Wahhh apsal tua sangat ke aku ni?*matilah tak sadar diri*
Katanya yang sorang ni "ye lah abang, biasanya kalau kita tahu abang ni umur tuuut tuuut, mesti dia dah kahwin tak pun ada anak". Eh bro silap sikit, aku 20an lagi taw*elak petir*.
6)Barbarra sekarang sibuk tunjuk proposal dan juga live resume pasal kawan perempuan dia, tak pun anak perempuan kawan kat tempat dia kerja. Katanya it's about time untuk aku dah mula mencari orang rumah. Wahhhhh suka-suki je kau! Katanya ada nak berkenalan memandangkan status student yang aku pegang ni. Dah kalau aku student nak jadi waiter, ada ke orang nak kenal? Pandai2 je buat perancangan siap bajet kalau aku habis study nanti senang tak perlu tercari-cari lagi. Kahwin best one part, another part? Dia yang bila dok hangin pasal laki dia boleh plak nak citer indahnya kawin. Anyhow saya dah ada Semut...thats all
Tu saja laporan hari ni.
Posted at 12/3/2011 6:06:29 pm by captainlukman
Crew compliments
Thursday, November 17, 2011
Cuba teka mana satu TJ dan Dory Fish..
Masuk hari ni dah 9 hari saya tak terbang,cuaca mega mendung dengan huan dari lite-lite sugi sampai tak nampak apa. Oleh itu, mari lah kita terbiyahkan diri sendiri memandangkan kalau naik karang ada yang tak turun plak.
Pastu minggu ni ada test, iaitu kawan² saya yang dah nak habis single engine ni. Maka bila ada test, hanya seroang saja yang mampo bertakhta disini iaitu C4. Yang lain tak nak masuk kawasan jajahan dia, hanya dia saja yang mampoo tarik key kat sini. Psttt C4 ni ditakuti oleh semua budak,jangan kata budak la C-C yang lain pun kalau boleh tak nak terserempak apatah lagi berebut ruang udara dengan dia. Kau berani nak intercept ke? Kalau kau berani sila la buat.
Salah satu peraturan yang ada kat mana² sangkar ni iaitu tidak dibenarkan memandu. Sebabnya dah banyak yang pergi langgar pokok la, langgar kereta orang tak pun hancur kan kereta tu sekali. Sebab sorang maka yang lain sila tanggung skali ye. Kata tak boleh dan dah berapa kali dah kena tangkap tetap bawak jugak. Yang terutama dah puas mengamuk dah tetap budak² ni buat bodo termasuk la orang ni*matilar*.
Dah hujan lebat, dari duduk saja dalam sangkar yang takda makanan tu, aku pun dengan pantas ajak TJ pergi breakfast. Tak jauh pun, dekat boleh la kalau nak sa'e sekali. Tapi dengan syarat tapau, kalau main makan kat situ ibarat kata memang lama la transitnya.
Maka pergi lah kami dengan gelak ketawa segala sambil tengok kanan kiri takut terkantoi dengan mana² C. Ye la, sah² la kami ni langgar peraturan kan, tapi kalau boleh tak nak la tunjuk depan diaorang walaupun hakikatnya diaorang semua tahu.
Lambat sangat bungkus kitaorang pun minum lah sambil mulut ni dok kumat kamit gelak² pasal C4. Sekali kau ada satu bayang turun dari motosikal berbaju biasa, tapi keledar pun buruk tapi rupanya sungguh dikenali.
Guess who? C4 kau!!!
Haaaaaaaaaaaaaaaaa time tu 2-2 ekor ni tak tahu nak buat apa, sebab dia dah bagi renungan makrifat dia. Memang takda orang berani nak jumpa dia lagi-lagi kalau buat langgar peraturan. Kalau boleh divert, divert la sampai Colombo pun asal tak kantoi dengan dia.
Cuba la lari kalau kau nak? Tak ye adik², 2 orang tua ni terpaksa bangun dan greet dia sambil senyum2 kambing yang dah tak tahu nak senyum camana. Nak lari tak boleh sebab dah kantoi. Nak tegur tak berani takut kena fire kat situ. Sudahnya 2-2 ekor static jadi patung cendana.
Tapi kalau dah buat salah tu, jangan la lari. Mengaku dan hadapi lah dengan tenang. Sebab rasa sangat kureng ajer dan takut kena lagi teruk kat sangkar nanti. Maka dengan sopan santun kami ni pergi lah jumpa dan tegur balik.
"Sir, kami balik dulu...."*tu diaaaaaaaaaaaa kemain ni*
Ingatkan dia naik hantu tapi dia berpaling dan cakap ....'ok....takpa'
p/s: Tua-tua pun tetap takut kat cikgu hahaha
Posted at 11/17/2011 8:14:34 pm by captainlukman
Crew compliments
Monday, November 14, 2011
Hasil dari menonton tibi yang dah lama tak ditonton
1) Pengacara yang sorang macam galah dan sorang lagi set kampung ambe tu nak melawak tapi nampak tak kena tempat je. Eh belajor dengan akak ogy dan abg saleh dulu lenkali. Afdlin Shauki dan bekas sparing nya sekarang jadi ustaz tu dah berapa kali dah jadi pengacara majlis ni,elok je kelakar lagi ada. Ni nak melawak spontan tapi tengok muka orang kat dewan semua sangap tak sabar nak habis. Yang dibuatnya mengarut, terpekik dan mengenakan orang tanpa belas kasihan. Sungguh sensitif memandangkan badan orang tu besar panggil Hulk, kalau kena gelar hidung serupa tenuk apa rasa? Ada yang gi selam kat Batu Buruk kekgi.
2) Penyanyi reality TV yang baju macam snow white tu nak tanyalah designer dia sikit, you salah baldi rendam warna ke. Pink dengan kuning dalamnya dah macam buah delima je aku tengok? Bahu penyanyi tu kenapa tak letak kek icing terus,baru lah tinggi skit macam zaman Gergio Armani baru keluar design bahu tebal 80's dulu. Nak design lenkali referla megejin internet kesian kat artis yang uols sponsor tu, terima je la kalau dah free kan? Akak yang teran suara tu, lengkali consult la image consultant, baju kak eton dulu vast apa. Kalau nak vast lagi baju kak jah brahim kita yang macam skirt bellarina...ingat tak? Tengok akak Sheila kita simple je.....
3) Bagi back up dancer*yahampoooooooon*yang macam kena sawan air, sampai Semut pun boleh kata benda yang sama*dia nak comment juga tapi tak berani takut pokcik marah*.Lagu catchy tapi tarian ala RTM je, ke group dance yang sama? Better ambik street dancer yang cergas mantap dan bertenaga dari dok terkinja-kinja macam senam robik Dataran Merdeka. Ish budak tadika pun menari elok lagi...siapalah chareographer tu.
4) Rancangan Vokal*hampeh*, Rupa*jauh sekali*. Ni bukan masalah rupa, masalahnya yang menyanyi tu camana lah boleh lepas audition. Ada yang separa layu, ada yang shiok sendiri, ada jugak yang overconfid. ada sorang tu siap cakap.."rupa non ado, vokal ado" Ado ke vokal kau? Sedihnya la semua pakat nak jadi penyanyi walaupun hakikat dah tahu bakat takat kareoke box je. Kalau menyanyi tu tukang dengar dapat feel takpa jugak, masalahnya yang tukang nyanyi pun jiwa kosong.
5) Kenapa sekarang ni musim citer hantu, santau, saka, toyol? Dah takda citer yang boleh educate kita semua ke selain dari filem dan drama hantu2 ni. Tak hantu, rancangan hiburan yang semua nak jadi gelamer. At least ada jugak rancangan The Pitch tak pun Sejuta Impian yang boleh membuatkan kita berfikir. That is sort of what would happen when you present an idea,imagine you prsent for yourself for the interview. Mampukah anda menjawab soalan berupa bola beracun yang mampu membuatkan anda terduduk*sound effect:Pekkkkkkk*
Itu saja ulasan, sebab rancangan prestige ala grammy tu dulu kegemaran saya. Dan bila tengok je kali ni, ermmm bosan dan tak vast pong. Lastly
6) Kak baju lambang hati lampu tak nyala, comment akak pasal 'Raihan je yang menang' tu tak patut terlepas dari tone suara awak yang sangat hi pitch tu. Dah memang lagu dia sedap tu yang menang, kenapa awok dengki, kan dulu awak dah pemes 80'an malah seluruh Muor kenal awok. Nak menang lenkali buat lagu sedap-sedap, tu lah siapa suruh gaduh dengan composer saksofon?
Posted at 11/14/2011 12:39:00 pm by captainlukman
Crew compliments
|
|
|
 |
 |
|  |
 |
" I'm blogging mylife just to release my tension about my hectic previous job and to keep me on track to be a Pilot. So that i can see how hard i can realised my dream. But it turns to be a live diary to show my journey. Its precious when i can starring back at my life before, so i know where i come from......... ".
Sky Creepers Shout Box
|
 |
 |
|  |
|
|
 |